nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM umum BPN 2.0, bantuan tunai sehingga RM1,000

23 SEPT: Mengambil kira kesukaran yang masih dihadapi rakyat akibat wabak COVID-19, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan pemberian bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang berjumlah sehingga RM1,000 untuk setiap isi rumah.

Insentif berkenaan yang melibatkan lebih 10.6 juta penerima itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan beliau berhubung Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langung di stesen telvisyen utama negara hari ini.

Menurut Muhyiddin, terdapat empat kategori penerima BPN 2.0 dengan isi rumah B40 yang bekeluarga akan menerima bantuan tertinggi iaitu RM1,000.

Katanya, bagi isi rumah berkeluarga untuk M40 pula akan menerima sebanyak RM600 manakala individu bujang B40 akan mendapat RM550 dan bujang M40 mendapat RM300.

Tambah beliau, sebanyak RM7 bilion diperuntukkan kerajaan PN untuk tujuan BPN 2.0 dengan penerima sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru.

“Bayaran BPN 2.0 akan dibuat secara dua ansuran, pertama pada hujung Oktober ini dan keduanya ialah pada Januari 2021.

“Bagi keluarga B40 yang melibatkan 3.7 juta isi rumah, bayaran ansuran pertama adalah sebanyak RM700 manakala bayaran kedua RM300.

“Tiada permohonan perlu dibuat untuk dapatkan BPN 2.0 dengan kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima BPN yang telah diluluskan sebelum ini,” katanya.

Tambah Muhyiddin, bagi yang layak tetapi tidak pernah memohon sebelum ini, kerajaan masih memberi peluang untuk mereka mengemukakan permohonan baru dan merayu bagi mendapatkan BPN 2.0 .

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat sedikit menarik nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian.

“Semua inisiatif khas di bawah Kita Prihatian ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“Sekali lagi, saya akan minta Kementerian Kewangan dan agensi berkenaan salurkan tepat pada masanya,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu, inisiatif khas Kita Prihatin turut merangkumi satu lagi insentif utama iaitu Program Subsidi Upah 2.0 seperti yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Menurut Muhyiddin, program ini diteruskan kerana kerajaan memahami dan prihatin terhadap majikan dan pekerja dalam sektor-sektor tertentu yang masih terjejas seperti sektor pelancongan.

“Dengan itu, kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah
2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas. Ciri-ciri utama program
ini ialah pertama: subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas,
iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan
hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.

“Kedua: subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar
RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200
pekerja; dan ketiga: permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31
Disember 2020,” ujarnya.

Tambah Muhyiddin, beliau juga telah menerima pelbagai maklum balas berhubung Program Subsidi Upah antaranya daripada mereka yang tidak layak menerima Program Subsidi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April 2020.

Katanya, bagi memastikan golongan ini juga tidak tertinggal, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.

“Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah
Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah
sehingga 6 bulan.

“Pelaksanaan Program Subdisi Upah 2.0 ini dijangka memanfaatkan
1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion,” katanya.

Satu lagi insiatif kata Muhyiddin ialah kepada golongan peniaga mikro, di bawah pakej PRIHATIN PKS Tambahan dengan kerajaan telah menyediakan Geran Khas PRIHATIN atau GKP, khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Katanya, permohonan untuk GKP yang telah dibuka pada 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 dengan kadar bantuan berjumlah RM3,000 setiap peniaga mikro telah memanfaatkan 545,000 peniaga kecil seluruh negara.

“Untuk tujuan ini, Kerajaan membuat penyaluran sebanyak RM1.63 bilion.

“Semasa turun ke padang dan bergaul dengan usahawan di
peringkat akar umbi, saya menerima rungutan bahawa ada yang tidak
menerima bantuan tersebut kerana tidak sempat untuk membuat
permohonan. Terdapat juga peniaga yang tidak memenuhi syarat
terdaftar sebelum 1 Januari 2020.

“Untuk memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi
masih belum berkesempatan untuk mendapatkan GKP, Kerajaan
bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober
hingga 31 Oktober 2020.

“Mengambil kira maklum balas yang diterima, GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.