nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga angka kes baru, satu lagi kluster, tiga kematian

22 SEPT: Penularan baru COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan tiga angka dengan Sabah yang bakal mengadakan pilihan raya negeri Sabtu ini melaporkan 134 kes.

Turut mendukacitakan, apabila hari ini sahaja tiga kematian dilaporkan akibat COVID-19 iaitu dua di Sabah dan satu di Kedah yang menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik berkenaan kini berjumlah 133.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhannya sebanyak 147 kes baru dilaporkan hari ini dengan hanya empat kes import.

Katanya, selain Sabah, kes tempatan baru COVID-19 turut dikesan di Kedah dengan lima kes, Selangor dua manakala Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing mencatatkan satu kes.

Ujarnya, empat kes import yang dilaporkan pula tiga kes kepulangan dari India manakala satu lagi dari Indonesia.

“Bilangan kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lapan orang dengan dua memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes sembuh yang dilaporkan hari ini seramai 39 kes dan ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah seramai 770 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Sabah hari ini turut melaporkan satu lagi kluster iaitu kluster Udin yang mencatatkan dua kes.

Katanya, kluster Benteng LD mencatatkan kes yang tinggi hari ini dengan 105 kes diikuti kluster Bangau-Bangau dan Laut dengan masing-masing lapan kes serta kluster Pulau, dua kes.

“Lima lagi dari saringan ke atas pesakit jangkitan pernafasan akut teruk (SARI), tiga saringan petugas kesihatan dan satu saringan orang kena tahan (OKT),” katanya.

Menurut Noor Hisham, di Kedah pula, daripada lima kes baru yang dikesan, empat adalah daripada kluster Sungai manakala satu saringan komuniti.

Katanya, dua kes di Selangor pula melibatkan saringan kontak rapat dan saringan di tempat kerja manakala kes di Kuala Lumpur dikesan daripada saringan pulang tempat berisiko dan Kelantan saringan PMA dari Sabah. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.