nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cikgu Mustafa seru anak perantau pulang mengundi

13 NOV : Anak perantau di seluruh Melaka terutama dari kawasan Durian Tunggal diseru pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi esok.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa berkata, peluang memilih wakil rakyat hanya tiba sekali dalam tempoh lima tahun, justeru setiap undi tidak harus dipersiakan.

Katanya, mandat yang diberikan pengundi penting bagi memastikan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan kawasan itu dapat diteruskan.

“Berbaki kurang 24 jam, esok jam 8 pagi semua pusat mengundi dibuka. saya menyeru kepada semua anak-anak perantau, kembalilah ke Durian Tunggal untuk menjalankan tanggungjawab dan mengundi untuk kestabilan kampung halaman mereka.

“Saya juga menyeru kepada semua pengundi dalam DUN Durian TUnggal, marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawba kita sebagai warganegara Malaysia.

“Peluang ini hanya datang lima tahun sekali. Undi yang kita beri esok akan menentukan kemakmuran, kestabilan dan pembangunan Durian Tunggal,” katanya.

Mengulas perjalanan kempen menjelang hari pengundian, bekas guru itu akui berpuas hati dengan sambutan penduduk sepanjang tempoh berkempen, terutama ketika turun padang bertemu masyarakat dari pagi hingga petang.

Menurutnya, reaksi positif dan sokongan yang ditunjukkan penduduk menjadi suntikan semangat buat dirinya serta jentera BN untuk meneruskan usaha sehingga ke penghujung kempen.

Suasana kempen saat akhir di seluruh Melaka berlangsung meriah hari ini dengan pelbagai usaha dijalankan untuk merayu undi.

Antaranya, konvoi bermotosikal di seluruh negeri, aktiviti kerohanian dan kempen secara bersemuka yang dimanfaatkan sebelum tempoh berkempen berakhir tengah malam ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.