nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bung Moktar, Hajiji antara nama besar yang menang

26 SEPT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, mendapat undi sebanyak 3,035 undi, diikuti Mohd Ismail Ayob, dari Parti Warisan Sabah (Warisan) mendapat 2,374 undi.

Manakala, calon bebas, Junny @ Karuak Abdullah mendapat 73 undi; Sairin Abd Rahman Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) pula mendapat 61 undi manakala calon Parti Cinta Sabah (PCS), Razman Mayah mendapat 71 undi.

Selain itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga dilaporkan menang kerusi DUN Sulaman menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Aliasgar @ Ali Ashgar Basri (Warisan) dan calon Parti Cinta Sabah, Datuk Rekan Hussein.

hajiji
HAJIJI NOOR

Turut mencatatkan kemenangan ialah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahan kerusi DUN Senallang dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menang DUN Tambunan.

Pemimpin lain yang menang termasuklah bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mewakili BN di DUN Usukan serta bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama) mewakili Warisan.

Setakat ini dua calon Bebas iaitu Masiung Banah (Kuamut) dan Rudy Awah (Pitas) berjaya membuat kejutan apabila menang di kerusi yang mereka tandingi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.