nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muafakat kunci kejayaan GRS – Tok Mat

27 SEPT: Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka akan membawa perubahan ke seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PRN Sabah menjadi bukti bahawa kesepakatan di antara tiga gabungan iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), menjadi kunci kejayaan itu.

“GRS membuktikan bahawa kesepakatan itu pasti akan membawa kejayaan. Muafakat BN, PN dan PBS kunci kepada kejayaan ini.

“Insya-Allah apa yang berlaku di Sabah akan menyemarakkan lagi perubahan di seluruh negara.

“Terima kasih kepada semua pengundi, petugas dan jentera parti atas kejayaan manis ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang mesra dipanggil Tok Mat, menggesa semua pihak menghormati keputusan rakyat Sabah supaya kerajaan negeri yang bakal dibentuk menjadi lebih stabil.

“Kepada mereka yang tewas, semoga semangat demokrasi terus kita raikan,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO itu turut menggesa semua calon yang menang dalam PRN Sabah untuk mula bekerja dan segera menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin.

“Kepada semua pengundi Sabah, mandat yang diberikan tidak akan dipersia,” katanya.

GRS berjaya merampas tampuk pemerintahan negeri selepas menang 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding WARISAN Plus memenangi 32 kerusi.

PN memperoleh 17 kerusi DUN, manakala BN menang 14 dan PBS pula meraih kemenangan di tujuh kerusi yang ditandingi.

Gabungan WARISAN Plus, iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN) pula menang 29 kerusi DUN, manakala PKR menang dua kerusi dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pula meraih satu kerusi.

PRN Sabah diadakan selepas Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.