nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seri Paduka stabil, akan pulang bersemayam di Istana Negara

28 SEPT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi serta dinasihatkan menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, rawatan keracunan makanan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September, 2020.

Katanya, rawatan intervensi pula dilakukan susulan penimejan MRI pada 22 September yang telah menunjukkan kecederaan yang telah dialami oleh Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

“Seperti sedia maklum, Seri Paduka Baginda sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bolasepak, skuasy, hoki dan golf.

“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September. Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan,” katanya.

Menurut Ahmad Fadil, ekoran daripada rawatan intervensi ini, Seri Paduka baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

Katanya, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini.

“Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Seri Paduka Baginda dan menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya menjaga kesihatan diri masing-masing dan sentiasa berwaspada serta mematuhi ketetapan oleh Kerajaan dan tatacara kebiasaan baharu berikutan situasi semasa jangkitan virus COVID-19 di Malaysia yang kian meningkat,” katanya.

Tambah beliau, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan Seri Paduka Baginda atas jumlah kes positif COVID-19 yang naik secara mendadak ini.

“Sehingga 27 September 2020, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran Seri Paduka Baginda berikutan peningkatan kepada sebanyak 36 kes positif COVID-19 di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari negeri Sabah, yang telah dikesan daripada 20 hingga 27 September, 2020.

“Kendati pun, seluruh rakyat turut diseru bersama-sama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kesihatan berpanjangan,” ujarnya.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media mendakwa mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baru tetapi permohonan menghadap ditangguhkan berikutan kegeringan Yang di-Pertuan Agong.

Istana Negara kemudiannya mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditangguhkan dan Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar di IJN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.