nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agenda Pembangunan Bumiputera bawah JPM

1 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Agenda Pembangunan dan Hal Ehwal Bumiputera kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri selari dengan resolusi diputuskan oleh Kongres Ekonomi Bumiputera 2020.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan sembilan resolusi agenda memperkasakan Bumiputera yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Perdana Menteri berkata, tindakan itu perlu hakikat kaum Bumiputera merupakan kaum yang paling miskin dengan insiden kemiskinan mutlak tertinggi iaitu 7.2% berbanding kaum Cina, 1.4% dan India, 4.8% pada tahun 2019.

Muhyiddin Yassin bersama hadirin dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata dari segi jurang pendapatan pada tahun 2019, jurang pendapatan purata antara Bumiputera dan Cina adalah sebanyak RM2,802, iaitu empat kali lebih tinggi berbanding pada tahun 1989.

“Kedua-dua indikator yang saya sebutkan ini memberikan gambaran bahawa kaum Bumiputera masih lagi ketinggalan berbanding kaum yang lain walaupun pelbagai usaha telah dibuat melalui Rancangan-rancangan Malaysia sejaknya bermulanya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Kita mesti sedar bahawa mahu tidak mahu kaum Bumiputera mesti bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi dunia terkini, termasuklah untuk merangka dan mewujudkan ekosistem Bumiputera yang lebih positif, berdaya saing dan kompetitif dalam arus teknologi yang berkembang pesat.

“Kita tidak boleh lagi berada di takuk yang lama dan perlu mengharungi norma baru apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar susulan wabak COVID-19,” katanya ketika berucap dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan itu Muhyiddin memberi jaminan yang kerajaan pimpinannya akan meneliti setiap satu resolusi yang dikemukakan KEB 2020.

“Saya juga bersetuju dengan satu perkara dalam resolusi itu iaitu meletakkan hal ehwal Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya menghargai usaha MPM dan rakan-rakan seperjuangannya yang gigih menyediakan dokumen-dokumen penting ini.

“Ini membantu usaha kerajaan dalam menyediakan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan Dasar Kemakmuran Bumiputera,” katanya.

Dalam mendepani dekad kebangkitan semula Bumiputera, Muhyiddin berkata konsep “paying it forward” ataupun membalas budi dengan menyumbang kepada orang lain perlu diterapkan untuk mewujudkan ekosistem masyarakat bumiputera yang prihatin.

“Saya percaya telah tiba masanya untuk penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru yang terdahulu, membalas budi dengan memberi balik kepada generasi akan datang.

“Contohnya, bidang perniagaan merupakan peluang terbaik untuk generasi terdahulu membantu menyediakan batu asas kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti modal mentor atau “mentor capital” serta modal rangkaian atau “network capital”.

“Untuk memastikan kelangsungan komuniti bumiputera dalam jangka masa panjang, setiap daripada kita mestilah mempunyai semangat saling bantu-membantu sesama kita. Semangat kekitaan dalam komuniti bumiputera mestilah diterapkan untuk mewujudkan sebuah kitaran masyarakat yang turut mengambil berat terhadap generasi masa depan, ” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata agenda ekonomi dan kemakmuran Bumiputera sudah seringkali dibincang dan dibahaskan di pelbagai forum, khususnya sejak mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971.

Katanya Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pula telah bermula awal lagi pada tahun 1965, dan telah berjaya menghasilkan banyak pelan tindakan dan resolusi demi kebajikan dan kesejahteraan Bumiputera.

“Kini selepas hampir 50 tahun sejak DEB diperkenalkan, komitmen kerajaan masih teguh terhadap pelaksanaan agenda Bumiputera, sebagaimana yang telah dapat dilihat melalui usaha memperkasakan modal insan bumiputera dan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi.

“Dalam usaha memperkasakan modal insan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat  atau MARA telah membelanjakan sebanyak RM28 bilion dari tahun 1966 hingga 2019 bagi membiayai pembelajaran 171 ribu pelajar di Maktab Rendah Sains Mara  atau MRSM, 624 ribu pelajar pendidikan teknik dan latihan vokasional (TVET), 182 ribu pelajar profesional serta  61 ribu pelajar di institusi pengajian tinggi luar negara.  Kini anak-anak MARA ialah pemacu utama agenda bumiputera negara kita.

“Untuk memastikan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.1 trilion dalam Rancangan Malaysia Ke 7, 8, 9 dan 10 bagi peluang perolehan untuk membantu usahawan bumiputera termasuk melalui Program Pembangunan Vendor atau “PPV”.

“Antaranya sejumlah RM674.4 bilion perolehan Kerajaan Pusat telah diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dalam tempoh 1996 hingga 2015,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.