nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sindiket palsu dokumen Indonesia tumpas

2 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan rangkaian sindiket pemalsuan dokumen yang aktif di kawasan Lembah Klang dengan penahanan beberapa warga asing termasuk dalang sindiket, hasil risikan selama dua minggu.

Imigresen telah melakukan serbuan semalam di lima premis di sekitar Klang yang dijadikan tempat membuat dokumen palsu serta menahan empat orang lelaki warga Indonesia kerana terbabit dalam sindiket pemalsuan dokumen.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Mohamad Fauzi Md Isa berkata sindiket ini hanya menyasarkan warga Indonesia sahaja yang hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang ke negara asal dengan menggunakan dokumen palsu.

“Bagi mendapatkan pelanggan, sindiket ini membuat iklan melalui flyer dan juga orang tengah untuk mencari pelanggan. Dianggarkan seramai 500 pelanggan telah mendapat perkhidmatan ini sejak ianya beroperasi.

“Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis perkhidmatan dan melibatkan bayaran antara RM100 sehingga RM1500,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Antara barang yang berjaya dirampas pada operasi itu adalah 18 unit cop palsu keluar masuk Imigresen Malaysia, cop Pas Khas palsu, cop BLI palsu, cetakan pas khas Imigresen dan naskah pasport Indonesia.

Turut ditemukan juga pelbagai cop keluar masuk dari negara Indonesia, China, Singapura dan Thailand, Surat Perjalanan Laksana Paspor (SPLP), surat keputusan COVID-19 palsu dan surat Kementerian Kesihatan Malaysia palsu.

Dalam pada itu, Mohamad Fauzi memberitahu selain empat dalang sindiket itu ditahan, 22 orang orang lelaki dan sembilan orang wanita serta dua orang kanak-kanak turut berjaya ditangkap dalam operasi tersebut.

“Keempat-empat orang dalam sindiket ini akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu di bawah Seksyen 55 dan Seksyen 6 (1) (C) serta Seksyen 26A.

“Manakala 29 daripada 33 yang ditahan itu akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu Seksyen 6 (1) (C). Kesemua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fauzi memaklumkan, JIM telah berjaya menumpaskan empat sindiket yang melibatkan warga asing dalam kegiatan pemalsuan dokumen sepanjang tahun ini.

Beliau menambah, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan operasi penguatkuasaan berterusan untuk membanteras sindiket-sindiket pemalsuan dokumen.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada JIM sekiranya mengesyaki ada aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan persekitaran mereka.

“Selain itu, pemilik-pemilik premis diingatkan agar tidak menyewakan premis mereka kepada pihak yang tidak dikenali atau berhadapan tindakan kerana menyewakan premis kepada pihak yang menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.