nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

489 kes, kedua tertinggi sejak COVID-19 dilaporkan

7 OKT: Sedikit turun berbanding semalam, namun tetap tinggi. Itu yang boleh disimpulkan berhubung kes baru COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Keseluruhannya sebanyak 489 penularan baru dilaporkan iaitu kedua tertinggi yang pernah dicatatkan sejak wabak maut itu dikesan awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sabah dan Kedah terus mencatatkan angka yang tinggi dengan masing-masing 282 kes dan 153 kes.

Menurut beliau, ini diikuti dengan Selangor yang melaporkan 20 kes diikuti Pulau Pinang sebanyak tujuh kes dan Johor, enam kes.

Katanya, semua negeri turut melaporkan kes baru hari ini sekurang-kurangnya satu penularan kecuali Perlis, Melaka dan Labuan.

Selain itu kata beliau, dua lagi kluster dilaporkan iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman, di Pulau Pinang.

“Tiada kes kematian baru dilaporkan hari ini dan dengan ini jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kekal 141 kes.

“Pada masa ini, terdapat 40 individu yang disahkan COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 13 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Noor Hisham, dengan 74 kes sembuh baru, ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menjadi sebanyak 3,351 kes.

Katanya, kebanyakan kes yang dilaporkan di Kedah adalah dari kluster Tembok dengan 139 kes diikuti kluster Bah Sintok, 14 kes manakala di Sabah dari zon-zon merah.

“Di Sabah kes tertinggi adalah saringan dalam komuniti (183), diikuti saringan bergejala (71) dan saringan kontak rapat, 22).

“Untuk hari ini di Sabah, hanya kluster Laut melaporkan penularan dengan dua kes,” ujarnya.

Mengenai kluster baru hari ini, yang pertama katanya adalah Kluster Bah Puchong yang dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13061, kes ke-13065 dan kes ke-13069) dikenal pasti positif COVID-19 pada 5 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah),” jelasnya.

Satu lagi kluster hari itu jelas Noor Hisham adalah Kluster Penjara Reman yang dikenal pasti di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-13499) adalah merupakan kes kematian ke-141.

Katanya, kes itu merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang telah dijumpai tidak sedarkan diri pada awal pagi 5 Oktober 2020 di dalam penjara dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.

“Saringan COVID-19 yang dijalankan pada hari yang sama dikesan positif. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti pada 6 Oktober 2020.

“Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.