nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar didakwa berbohong, tak tunjuk bukti sokongan

13 OKT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan pembohongan besar kononnya beliau mempunyai sokongan kukuh bagi menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, Anwar dalam sidang media hari ini memaklumkan mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh Ahli Parlimen yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Namun malangnya, menurut beliau, perkara itu terbukti satu pembohongan selepas Istana Negara mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya mengemukakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

kamarul zaman yusoff
KAMARUL ZAMAN YUSOFF

“Ini sekali gus menjadikan tiada dokumen sahih yang dipersembahkan. Keterangan lengkap apakah namanya jika langsung tiada senarai nama Ahli Parlimen pun yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong?

“Bukankah ini adalah satu pembohongan besar dan apa agaknya hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang yang membohongi rakyat jelata malah membohongi Yang di-Pertuan Agong juga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak beretika seolah-olah memberi tanggungjawab kepada Seri Paduka bagi mencari Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

“Adil dan beretikakah tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusahkan dan meletakkan beban kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari sendiri siapa lebih 120 MP yang didakwa menyokong beliau itu?

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar yakin dengan jumlah MP yang menyokong beliau, mengapa tidak beliau senaraikan satu per satu nama semua MP yang didakwa menyokong beliau itu?” soalnya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang itu mendakwa kononnya beliau telah beroleh sokongan majoriti daripada 120 Ahli Parlimen dalam komplotnya bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga mengesahkan telah mempersembahkan dokumen sahih mengenai ‘majoriti kukuh dan meyakinkan’ Ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Seri Paduka di Istana Negara, pagi tadi.

Namun, Istana Negara mengesahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai nama Ahli-ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaan beliau mempunyai sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menyatakan dalam pertemuan selama 25 minit pagi tadi, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.