nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

865 kes baru, 3 kematian dan 99 di ICU

19 OKT: Sebanyak 865 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, berkurang lima kes berbanding semalam yang juga rekod tertinggi untuk angka harian virus berkenaan setakat ini.

Pertambahan kes yang tinggi hari ini turut menjadikan kes positif COVID-19 sejak dilaporkan awal tahun ini melepasi 21,000 angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 642 kes yang bersamaan kira-kira tiga perempat daripada keseluruhan kes baru hari ini.

Katanya, pertambahan ini termasuk 253 kes di penjara negeri itu selain aktiviti pengesanan proaktif di lapangan yang turut menyaksikan pertambahan jumlah saringan.

“Kedua tertinggi hari ini ialah Selangor dengan 107 kes diikuti Labuan (34) dan Pulau Pinang 26 kes.

“Perak pula melaporkan 18 kes, Melaka (16), Kuala Lumpur (tujuh), Sarawak (lima), Negeri Sembilan (empat) Kedah dan Putrajaya masing-masing tiga kes, Johor (dua) manakala Terengganu dan Pahang masing-masing satu kes.

“Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula mencecah 455 kes. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,717 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, seramai 99 individu positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dan ini menjadikan kes kumulatif kematian berjumlah 190 kes.

“Kesemua tiga kes kematian berkenaan dilaporkan di Sabah iaitu di Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini berjumlah 7,456 kes dan mereka telah diasingkan untuk rawatan.

Menurut beliau, sebanyak dua kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Kluster Hentian melibatkan Hulu Langat, Selangor dan Kluster Bukit, Alor Gajah, Melaka.

“Setakat ini, seramai tujuh kes positif dalam kluster Hentian manakala Kluster Bukit pula melaporkan 15 kes positif setakat ini.

“Kluster Utama pula mencatatkan pertambahan dua kes hari ini dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 185,” ujarnya.

Jelas beliau, hari ini juga menyaksikan tujuh kes import melibatkan jangkitan dari China (empat), Australia (satu), Amerika Syarikat (satu) dan Qatar (satu).

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan pecahan kes baru hari ini, sebanyak 17.8 peratus atau 154 kes berlaku dari beberapa kluster penjara termasuk Kluster Kepayang di Sabah yang sememangnya terasing dari masyarakat.

“Negeri-negeri di Lembah Kelang pula mencatatkan 13.5 peratus daripada kes baru.

“Selain itu, mereka yang mempunyai sejarah perjalanan pulang ke Sabah terus melaporkan penularan baru dengan lima kes hari ini.

“Keseluruhannya sejak 20 September lalu, terdapat 448 kes melibatkan mereka yang pulang dari Sabah,” katanya. –Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.