nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas pengurus kanan FGV didakwa rasuah

20 OKT: Seorang bekas pengurus besar kanan FGV Holdings Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM10,000 berhubung pelantikan sebuah syarikat untuk kerja pengauditan bagi Pensijilan Kelestarian dan Karbon Antarabangsa (ISCC) milik FGV Palm Industries Sdn Bhd.

Norazam Abdul Hameed, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Tertuduh didakwa bersetuju menerima suapan itu daripada Mohd Rizal Md Kassim sebagai dorongan bagi mengesyorkan pelantikan Syarikat MRA Sustainable Solution untuk kerja-kerja pengauditan ISCC.

Ia melibatkan Kompleks Keratong 9, Kompleks Palong Timur, Kompleks Maokil, Kompleks Bukit Sagu, Kompleks Lepar Hilir, Kompleks Serting Hilir, Kompleks Lepar Utara 06 dan Kompleks Serting milik FGV Palm Industries.

Memetik laporan Bernama, Norazam dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, Kuala Lumpur antara 3.45 hingga 3.55 petang pada 1 Mac 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Diana Nor Azwa menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam Mohd Hisyam Mad Nen yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kehilangan kerja sejak tahun lepas dan merupakan penanggung tunggal keluarga serta mempunyai tiga anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM dan menetapkan 20 November untuk sebutan semula kes.

Difahamkan tertuduh belum menerima wang RM10,000 itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.