nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Krisis air: MB Selangor patut letak jawatan

20 OKT: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan tertinggi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meletak jawatan berikutan kegagalan menyelesaikan isu air di Selangor.

Pengerusi PSM Selangor, V Selvam, menegaskan Amirudin dan pengurusan tertinggi Air Selangor wajar mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan masing-masing kerana kedua-dua individu berkenaan didapati gagal menyelesaikan masalah air di Selangor.

“Gangguan air sudah semakin kritikal. MB Selangor dan pengerusan tertinggi Air Selangor perlu bertanggungjawab penuh dan meletak jawatan.

“Masalah paip pecah di Jalan Bukit Kuda, Klang beberapa hari lepas telah menjejaskan pengguna di 15 kawasan terutamanya Klang dan Shah Alam. Belum reda perkara itu, masalah pencemaran air di Sungai Selangor berulang kembali semalam.

“Ia juga telah menjejaskan lebih sejuta pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Selvam, PSM Selangor sudah berkali-kali mengutarakan pelbagai cadangan antaranya undang-undang serta tindakan tegas perlu segera dilaksanakan selain pemantauan rapi oleh PBT, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Kerajaan negeri juga perlu melaksanakan langkah alternatif seperti membuat tadahan air hujan di kawasan perumahan yang dibiayai kerajaan negeri. Ini juga dapat selesaikan masalah keperluan air tempatan dan gangguan bekalan air dapat diminimakan serta tidak jejaskan ramai pengguna.

“Bagi masalah paip pecah, patutnya Selangor laksanakan program penyelengaraan paip secara berkala dan berjadual untuk mengelak ianya berulang. Ingatlah, air itu kemudahan asas maka pastinya tanggungjawab anda untuk menyediakan dana secukupnya untuk krisis ini.

“Masalah paip pecah dan paip air bocor ini menyumbang menyumbang kepada 30 peratus air tidak terhasil yang memburukkan lagi masalah bekalan air di Selangor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Selvam turut mencadangkan kepada Air Selangor untuk mengambil langkah-langkah seperti memantau dan meneliti loji rawatan serta bekalan air bagi mengenalpasti masalah seperti paip serta peralatan lama, bocor juga yang memerlukan penggantian, penyelengaraan baik.

“Sediakan juga sistem sokongan seperti saluran paip alternatif yang hanya digunakan apabila saluran paip utama mengalami masalah.

“Teliti dan kemas kini SOP pengurusan air semasa krisis yang sedia ada untuk elak masalah di masa hadapan. Teliti juga proses perolehan Air Selangor termasuk pembekal peralatan untuk pastikan bahan adalah berkualiti tinggi,” tegasnya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.