nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penangguhan dapat redakan suhu politik

20 OKT: Penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) semalam dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini dilihat berjaya meredakan ketegangan politik yang kembali meningkat susulan perkembangan mutakhir ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dengan ini, diharapkan semua pihak termasuk pembangkang dapat menumpukan kepada usaha membendung penularan COVID-19 dan menguruskan ekonomi seperti yang disuarakan ramai.

“Mesyuarat Pas dengan UMNO semalam tangguh sebab nak ikut prosedur operasi standard (SOP). Hari ini MT UMNO pun tangguh mesyuarat saya difahamkan.

“Nampaknya, kita nak meredakan suhu politik, kita tumpu pada usaha tangani COVID-19. Politik kena dipastikan stabil termasuk di pihak pembangkang.

“Kita perlu memberi peluang kepada kerajaan hari ini yang telah mengambil sedaya upaya bagi menangani cabaran COVID-19 dengan yang terbaik,” katanya dalam sidang akhbar di Alor Setar hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan Persekutuan di Wisma Persekutuan, Anak Bukit.

UMNO dan Pas menangguhkan mesyuarat MN malam tadi yang antara lain bagi membincangkan keahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas nasihat pihak berkuasa.

Selain itu, MT UMNO yang dijadualkan mengadakan mesyuarat hari ini di Pahang juga dibatalkan berikutan sekatan perjalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Penangguhan Mesyuarat MKT UMNO adalah sehingga selesai PKPB. SOP mengenai perjalanan rentas negeri melalui Selangor dan Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis walau mesyuarat dibuat di negeri tiada PKPB,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sementara itu, tambah Takiyuddin, tidak ada sebab mana-mana pihak hendak menganggu gugat usaha yang telah dilakukan kerajaan dalam menguruskan negara ketika pandemik.

“Kita perlu beri peluang kepada kerajaan hari ini yang telah ambil sedaya usaha bagi memastikan wabak ini dapat ditangani dengan baik.

“Justeru, tak ada sebab (nak ganggu) sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.