nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairuddin tidak diberi perintah kuarantin – AG

21 OKT: Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali kerana tiada keterangan kukuh bagi memenuhi beban bukti diperlukan di bawah undang-undang.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil kajian dan penelitian terhadap segala keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan mendapati pegawai diberi kuasa telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak mengeluarkan sebarang perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah bagi mengarahkan Menteri menjalani pemerhatian atau pengawasan di rumah di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.

Menurut beliau, Borang 14b seperti yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan selaras dengan subseksyen 15(1) Akta 342 tidak pernah diserahkan kepada Menteri sebelum beliau dibenarkan pulang ke rumah.

“Bagi menjadikan perbuatan melanggar perintah kuarantin di rumah sebagai suatu kesalahan di bawah Akta 342, perintah pemerhatian atau pengawasan di rumah mestilah diserahkan kepada Menteri terlebih dahulu sebagaimana kehendak di bawah subseksyen 15(1) Akta 342.

“Berdasarkan perkara yang tersebut di atas, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Menteri memandangkan tiada keterangan yang kukuh bagi memenuhi beban bukti yang diperlukan di bawah undang-undang,” kata Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan polis membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin selepas didakwa gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah selama 14 hari setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Abdul Hamid berkata polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) susulan 27 laporan yang diterima polis berhubung perkara itu.

PDRM seterusnya mengemukakan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan kompaun RM1,000 telah dikenakan terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Jabatan Peguam Negara menambah, penelitian terhadap kertas siasatan menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berlepas ke Turki pada 3 Julai 2020, dan telah kembali ke Malaysia pada 7 Julai 2020.

“Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menteri berkenaan telah menjalani pemeriksaan kesihatan untuk saringan COVID-19 (swab test) dan keputusannya adalah negatif.

“Menteri telah pun dibenarkan pulang ke kediamannya oleh pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, selaku pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta 342.

“Kemudian, Menteri telah menjalani ujian saringan kali kedua pada 10 Julai 2020 di Hospital Kuala Lumpur sebelum menghadiri majlis di Istana Negara pada 17 Ogos 2020. Keputusan saringan kali kedua adalah negatif,” kata jabatan itu.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan pengadu yang mendakwa Menteri berkenaan gagal untuk menjalani perintah kuarantin di rumah yang sepatutnya bermula dari 7 Julai 2020 dan berakhir pada 21 Julai 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) berkuat kuasa. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.