nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GPS yakin kerajaan PN mampu bendung COVID-19

27 OKT: Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 dari terus merebak.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berharap semua pihak akur titah dan nasihat titah Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negara, di samping memperakui Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

“Rakyat seharusnya menjadi keutamaan oleh semua ahli-ahli politik dalam apa jua keadaan terutama dalam berdepan cabaran penularan COVID-19 ketika ini.

“GPS menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan betapa pentingnya Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang ini, dalam menangani wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

FADILLAH YUSOF

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, kendatipun begitu, Seri Paduka ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.

Fadillah menambah, semua pihak perlu akur terhadap titah Seri Paduka berhubung tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Menurut beliau, GPS juga menjunjung kasih akan kebijaksanaan dan kearifan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu yang telah bersidang, dalam menangani kemelut politik negara.

“GPS akur akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya semua ahli politik menghentikan segala politiking yang boleh mengganggu gugat kestabilan pemerintahan negara.

“Ini amat selari dengan prinsip dan pendirian GPS selama ini yang konsisten mahu supaya semua pihak menghentikan politiking dan fokus kepada usaha menangani penularan COVID-19 serta pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik berkenaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.