nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sebaik-baik tangguh dulu tapi Akta 342 tiada kuasa

30 OKT: Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangguhkan pilihan raya .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika diikutkan dalam tempoh wabak memang seeloknya sesuatu pilihan raya itu ditangguhkan namun semua pihak terikat kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Sebab itu kita adakan prosedur operasi standard (SOP) untuk pilihan raya. Namun isu yang timbul ialah ketidakpatuhan pada SOP seperti masih mengadakan perhimpunan, kempen rumah ke rumah dan pengundi luar balik mengundi.

“Sebaik-baiknya kita tangguhkan, tetapi kita tidak ada kuasa. Kalau kena laksanakan juga pilihan raya maka kena pastikan kita patuhi tiga prinsip iaitu tiada rentas daerah, tiada perhimpunan dan tiada kempen rumah ke rumah.

“Ini kita sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan jika ada SOP pun cabarannya adalah kepatuhan dan kita akan tengok aspek penguatkuasaan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan lalu menyumbang kepada gelombang ketiga COVID-19 ketika ini, namun satu lagi pilihan raya kecil di negeri itu iaitu PRK Parlimen Batu Sapi tetap perlu diadakan selepas ia kosong akibat kematian penyandangnya.

Ini seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menurut SPR sebelum ini, hanya pengisytiharan darurat membenarkan penangguhan.

Selain itu, PRN Sarawak juga perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan berikutan penggal DUN negeri itu genap lima tahun Jun 2021.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, beliau juga berharap Akta 342 dapat dipinda dalam waktu terdekat berikutan masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja.

Beliau berkata, akta itu digubal pada 1988 dan rancangan untuk meminda dibuat sebelum negara dilanda pandemik COVID-19.

“Sebelum pandemik (menular) juga kita mahu membuat pindaan terhadap Akta 342 kerana banyak lagi yang perlu diperhalusi.

“Perancangan untuk pinda kita sudah hantar kepada Jabatan Peguam Negara.

“Ketika akta ini digubal, maksud wabak adalah untuk satu lokaliti tetapi COVID-19 telah melibatkan pandemik satu negara bahkan berlaku di seluruh dunia,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.