nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tentera udara Israel masih guna helikopter usang

30 OKT: Setelah gempar ‘bocor’ laporan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak bersedia menghadapi serangan senjata kimia, malah mungkin kalah teruk, kini satu lagi kelemahan didedah.

Akhbar tempatan ternama, Jerusalem Post pada 27 Oktober melaporkan Tentera Udara Israel (IAF) terpaksa merayu kerajaan segera menggantikan helikopter model CH53 dek dianggap agak teruk.

Pesawat jenis operasi pengangkut berat itu yang juga dikenali sebagai Yasur, merujuk nama sejenis burung camar dalam bahasa Hebrew, malahan sudah uzur dan berusia lebih 50 tahun.

Mula berkhidmat dalam skuadron IAF pada 1969, helikopter keluaran firma ketenteraan dari Amerika Syarikat (AS), Sikorsky Aircraft itu bahkan sudah tidak lagi dikeluarkan sejak 1978.

Meskipun 23 buah pesawat itu telah ditingkatkan sistem persenjataan canggih pada 1997 oleh syarikat milik kerajaan, Israel Aerospace Industries, ia hanya mampu bertahan sehingga 2025.

Ironi, belum pun sampai ke tahun itu, beberapa nahas udara sudah direkodkan waima ada kes puluhan askar IDF dibawa Yasur maut akibat ia gagal mengelakkan bedilan peluru oleh pihak musuh.

Anehnya tahun lalu, Israel State Comptroller, badan audit bebas kerajaan dibentuk Parlimen, pernah menyarankan kepada pihak IAF agar segera menukar semua helikopter itu kerana tidak selamat digunakan.

Malah, tindakan cuba menaik taraf pesawat ‘buruk’ itu dianggap tidak berbaloi kerana kos baik pulih dan selenggara berkala didapati lebih mahal berbanding beli sahaja helikopter baharu.

Malangnya, kemelut politik domestik Israel telah mengganggu proses pembaharuan itu dan IAF dilapor merancang untuk membubarkan skuadron Yasur di Pangkalan Tel Nof jika tiada pilihan sesuai.

Pihak IAF sebenarnya tahu isu kelemahan pesawat itu namun masalahnya, Kementerian Pertahanan Israel sudah empat tahun ‘mengabaikan’ usul permohonan ganti helikopter tersebut.

Ini disahkan Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Israel di Majlis Keselamatan Institut Yahudi AS, Mejar Jeneral (Bersara) Yaakov Ayish dengan menyalahkan kerenah birokrasi yang lembab.

“Mereka fikir apakah bentuk platfrom, berapa jumlah pekerja dan kesan yang timbul agar dapat buat keputusan tepat ikut ‘selera’ mereka sendiri,” kata beliau dalam nada agak kesal.

Masalah remeh itu turut diakui mantan Ketua IAF dan kini Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral (Bersara) Amir Eshel yang terlibat dalam proses getir buat keputusan dasar.

“Saya pernah cuba desak bagi disegerakan usaha pembelian helikopter versi baharu, namun kena akur prosedur ketat dan bajet dikawal yang ditetapkan pihak kerajaan,” jelasnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.