nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekolah tutup, MB jamin PKPB Seremban tak jejas bisnes

4 NOV: Kerajaan Negeri Sembilan memberi jaminan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Seremban tidak akan menjejaskan sektor ekonomi negeri itu yang akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 18 November.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata peniaga, pengusaha dan operator di sektor masing-masing boleh beroperasi sepanjang tempoh PKPB , namun perlu mematuhi norma baharu dan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan.

“Pelaksanaan PKPB daerah Seremban dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di Putra Point Nilai sejak 28 Oktober lalu adalah demi memudahkan petugas barisan hadapan menjalankan tugasan siasatan, mengesan dan mengenal pasti kontak rapat serta punca jangkitan.

“Ini juga membolehkan pegawai dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban serta Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menjalankan proses saringan dengan lebih efektif dan inklusif selaras dengan objektif PKPB yang menekankan kawalan pergerakan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu pihaknya turut mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, polis, Majlis Bandaraya Seremban serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengemukakan cadangan kawasan atau lokaliti yang terlibat serta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kepada Kerajaan Persekutuan untuk pengesahan.

Tambahnya, PKPB daerah Seremban merangkumi 95 mukim melibatkan 658 taman perumahan.

“Kebelakangan ini Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kes Covid-19 menyebabkan Zon Nilai dilaksanakan PKPB dan PKPD di beberapa lokasi di Putra Point Nilai.

“Pola peningkatan kes khususnya di Seremban tambahan pula dengan kewujudan beberapa kluster baharu yang dikesan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, merupakan justifikasi utama kerajaan negeri untuk melaksanakan PKPB.

“Ini bagi mengekang dan mengawal pergerakan orang ramai dan mengelakkan penularan dari terus meningkat,” katanya.

Sementara itu, semua institusi pendidikan di kawasan zon merah di Seremban, Negeri Sembilan ditutup bermula esok hingga 18 November.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu merangkumi tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan guru serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Kenyataan itu menyebut senarai institusi pendidikan yang ditutup di daerah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik dalam portal KPM, http://www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi KPM.

Menurut KPM, sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah serta semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.