nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lain boleh tangguh, tapi bantuan tunai rakyat mesti disegera

5 NOV: Menjelang pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diharapkan menyegerakan semua bantuan tunai kepada rakyat seperti mana program BR1M yang dilaksanakan semasa Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan boleh menangguh perkara-perkara lain tetapi bantuan tunai kepada rakyat mesti disegerakan tanpa berlengah.

Menurut beliau, kerajaan juga wajar pertimbangkan pemberian khusus bantuan kepada nelayan dan pesawah yang terkesan teruk dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) telah menghentikan bantuan tersebut. Kerajaan PN kena timbangkan semula.

“Beri perhatian kepada kumpulan minoriti dan terutamanya Orang Asli yang sebelum ini hidup dalam kesusahan dan lebih terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda negara,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga merupakan Ahli Parlimen Arau menggesa kerajaan memberi insentif kepada penghantar makanan dan barangan yang cukup aktif dan membantu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang.

“Kerajaan juga disarankan mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua terutamanya bagi lepasan sekolah dan universiti selain memohon peruntukan yang lebih diberikan kepada NGO terutama yang melibatkan alam sekitar dan penjagaan hutan,” katanya.

Sementara itu, Shahidan memberitahu, kerajaan perlu meneruskan semua projek pembangunan dan infrastruktur dalam keadaan pihak swasta tidak meneruskan aktiviti ekonomi dengan rancak seperti sebelum COVID-19 bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Projek-projek yang dilaksanakan mestilah berimpak tinggi terutamanya pembangunan di luar bandar khusus kepada pembinaan jalan dan bekalan air bersih.

“Ini kerana projek mega kadang-kadang hanya akan menguntungkan sesetengah pihak dan bukannya rakyat secara menyeluruh namun semuanya diperlukan kalau kerajaan mampu,” katanya.

Justeru itu, beliau percaya dengan kandungan Belanjawan 2021 yang baik akan memberi manfaat serta kesejahteraan kepada rakyat yang sudah semestinya akan mendapat sokongan oleh semua Ahli Parlimen seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong.

“Semua pihak termasuk pembangkang telah menyatakan Daulat Tuanku kepada Seri Paduka atas titah baginda kepada beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini.

“Saya yakin dengan izin Allah bajet pada tahun ini akan mendapat sokongan yang hebat daripada semua ahli-ahli Parlimen PN dan bukan PN,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.