nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Majlis Menteri WP zaman PH berat sebelah

5 NOV: Majlis Menteri Wilayah Persekutuan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terbukti berat sebelah kerana hanya melibatkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan tiada ruang diberikan kepada ahli Parlimen dan pemimpin pembangkang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya majlis itu mahu dikembalikan, beliau akan memastikan budaya negatif itu tidak diteruskan dan semua wakil rakyat dan semua pemimpin masyarakat akan dilibatkan.

“Dulu Majlis Menteri Wilayah itu dibuat untuk wakil rakyat kerajaan, waktu PH kerajaan, dia ada Majlis Menteri Wilayah. Menteri panggil kebanyakannya hanya wakil rakyat kerajaan.

“Pada saya kalau kita nak buat, semua wakil rakyat kena dilayan sama rata. Di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini kita ada Labuan dan Putrajaya, tak boleh buat Kuala Lumpur sahaja di bawah DBKL sahaja.

“Kalau saya nak buat, biar libatkan seluruh Wilayah Persekutuan dan semua wakil rakyat kita kena layan sama, tak boleh eksklusif hanya wakil rakyat sahaja. Ada pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk dan Lembaga Penasihat DBKL mungkin kita boleh libatkan sekali,” katanya dalam sidang media di pekarangan bangunan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mendesak Annuar untuk mengaktifkan semula Majlis Menteri Wilayah.

Fahmi menyatakan majlis itu penting bagi membolehkan ahli Parlimen di kawasan Kuala Lumpur terlibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar serta memberi maklum balas mengenai perkara yang berlaku di ibu negara.

Dalam pada itu, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh kecewa dengan sikap wakil rakyat pembangkang yang menggunakan sidang Parlimen semata-mata untuk meraih publisiti sedangkan tiada permohonan mahupun cadangan dikemukakan kepada pejabatnya.

Namun begitu, menurut beliau, pihaknya telah mengarahkan Ketua Setiausaha KWP untuk melaksanakan kajian terhadap majlis tersebut yang mungkin ada manfaat kepada rakyat jika dilaksanakan semula.

“Saya sedang mengkaji cadangan itu, masalahnya mereka bercakap kepada media, saya periksa di pejabat tak ada pun surat atau cadangan dan tiap-tiap kali bila ada sidang Parlimen, mereka buat publisiti.

“Saya tengok macam ada nakal sikit tapi saya tak nak pertikaikan, soal nawaitu saya tengok dari sudut yang baik, “katanya.

Justeru itu, Annuar sentiasa terbuka dan mengalu-alukan untuk berjumpa mana-mana wakil rakyat dan pemimpin masyarakat jika ada masalah rakyat.

Tambah beliau, sebagai langkah permulaan, wakil rakyat pembangkang boleh terus ke pejabat beliau tanpa perlu sebarang temu janji.

“Saya cadang kepada wakil rakyat jangan tunggu mesyuarat, ramai wakil rakyat termasuk DAP datang ke pejabat saya untuk bincang. Ramai juga yang ikut walkabout saya, ada juga buat side meeting waktu Parlimen bersidang

“Tak usah cuba jadikan isu, cuba bagi gambaran kalau tak ada meeting dengan wakil rakyat pembangkang, bermakna saya cuai tugas, tidak begitu.

“Saya terbuka boleh datang bila-bila masa tak payah buat temu janji, di pejabat saya tak pakai sangat sistem appointment, kalau orang boleh redah pintu, dia redah saja laa, saya ada jumpa saja laa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.