nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengeluaran Akaun 1 KWSP bersasar, had RM6,000

6 NOV: Kerajaan mengumumkan pengeluaran simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul turut mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP pekerja daripada 11 peratus kepada 9 peratus mulai Januari 2021 selama 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.

“Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi tahun depan, tempoh Elaun Mencari Kerja di bawah program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dilanjutkan selama tiga bulan.

“Kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir,” ujarnya.

Tengku Zafrul menambah, peruntukan sebanyak RM150 juta akan disediakan bagi tujuan itu dan dijangka memanfaatkan sehingga 130,000 pencari kerja.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KWSP akan membenarkan pencarum membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insuran serta takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri sendiri dan keluarga. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.