nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan bumiputera, hal ehwal Islam bukan rasis

9 NOV: Pembangkang dilihat terdesak apabila mendakwa peruntukan RM11.1 bilion bagi membantu institusi dan usahawan bumiputera serta RM1.4 bilion menguruskan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2021 sebagai berunsur rasis.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, tuduhan itu menunjukkan pihak tertentu sanggup menggunakan sentimen kaum dan agama bagi mencapai tujuan mereka, sedangkan selama ini mereka yang berada di hadapan mengecam penggunaan isu kaum serta agama.

“Terbaharu adalah tindakan mereka menyifatkan Belanjawan 2021 sebagai rasis dan tidak Islamik semata-mata kerana di dalamnya ada peruntukan RM11.1 bilion untuk membantu institusi dan usahawan bumiputera serta peruntukan RM1.4 bilion untuk menguruskan hal ehwal Islam.

“Rasis dan tidak Islamikkah bila kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk mendaulatkan Perlembagaan, khususnya Perkara 153 Perlembagaan mengenai kedudukan istimewa bumiputera dan Perkara 3 Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?” soalnya katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

kamarul zaman yusoff
KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan peguam dan aktivis, Siti Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew yang kecewa kononnya Belanjawan 2021 disifatkan sebagai rasis.

Kamarul Zaman turut mempersoalkan mengapa pihak tersebut tidak melemparkan perkara yang sama ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memperuntukan perkara yang sama dalam Belanjawan 2020.

“Jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) rasis dan tidak Islamik, mengapa tuduhan sama tidak dilemparkan kepada kerajaan PH yang memperuntukkan RM8 bilion untuk membantu institusi dan usahawan bumiputera serta RM1.3 bilion untuk menguruskan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2020?” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu, apa yang dilakukan kerajaan PN adalah untuk memantapkan lagi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Justeru, tambah beliau, kerajaan PN menambah RM3.1 bilion lagi untuk membantu institusi dan usahawan bumiputera serta tambahan RM0.1 bilion bagi menguruskan hal ehwal Islam.

“Jika pihak-pihak ini jujur, mengapa tidak dibangkitkan lambakan peruntukan lain yang memberi manfaat kepada seluruh golongan rakyat tanpa mengira apa kaum dan agama mereka.

“Lebih teruk lagi bila mereka berani menggunakan nama istana untuk menghasut rakyat supaya menolak Belanjawan 2021 dengan menyebut kononnya pihak istana juga menolaknya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.