nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Taman Mesra lanjut hingga 24 Nov

10 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra, Sandakan yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan lagi sehingga 24 November.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif COVID-19 di kawasan tersebut.

“Atas nasihat dan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, mesyuarat teknikal hari ini bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Taman Mesra, Sandakan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, PKPD di Taman Mawar, Sandakan ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan.

Dari segi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 341 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan SOP.

Beliau menambah, daripada jumlah itu, seramai 307 individu telah dikompaun manakala 33 orang direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka (116), premis gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (63), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (57), membawa penumpang berlebihan (37), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (31), aktiviti pusat hiburan (25) dan lain-lain (12),” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, pihak berkuasa berjaya menahan seramai 8,177 pendatang asing tanpa izin (PATI), 783 tekong, 340 penyeludup manakala 218 bot/kapal dan 886 kenderaan darat dirampas sejak 1 Mei hingga semalam.

“Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 78 PATI dan seorang tekong dalam operasi yang diadakan di seluruh negara,” katanya.

Berhubung berita palsu berkaitan COVID-19, beliau berkata, sehingga semalam, sebanyak 274 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 137 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 kes diberi notis amaran manakala 90 kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Bagi kes yang telah didakwa di mahkamah, sehingga kini 21 telah didapati bersalah manakala 13 lagi dalam proses perbicaraan,” ujarnya.

Ismail Sabri berkata, Pasukan Respon Pantas (PRP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah mengeluarkan sebanyak 404 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan COVID-19. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.