nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MA63: 5 tuntutan Sarawak ditunaikan

11 NOV: Kerajaan Persekutuan sudah menunaikan lima daripada 13 tuntutan yang dikemukakan Sarawak dalam rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sawarak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, salah satu tuntutan yang berjaya itu adalah Semakan Semula Pemberian Khas.

Beliau berkata, tuntutan kedua yang diluluskan ialah menyerahkan kuasa untuk mengawal selia pengedaran gas memasak kepada kerajaan negeri berlandaskan kepada Ordinan Pengedaran Gas 2016.

“Tuntutan ketiga adalah berkaitan dengan tenaga buruh. Kerajaan Persekutuan bersetuju melaksanakan penurunan kuasa dari Menteri Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menggubal undang-undang subsidiari mengikut Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), yang kini diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan.

“Tuntutan keempat adalah Kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan kuasa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kepada kerajaan negeri bagi mengawal selia perkara berkenaan alam sekeliling termasuk yang membabitkan buangan berjadual.

“Tuntutan kelima pula adalah pelepasan dan penyerahan balik tanah yang diberi hak milik Persekutuan di negeri ini dilaksanakan berlandaskan Kanun Tanah Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS Jemporeng, Datuk Dr Juanda Jaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sharifan Hasidah turut menjelaskan, empat tuntutan masih di peringkat rundingan dan empat lagi masih dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet yang dianggotai bersama wakil kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, satu jawatankuasa juga sudah ditubuhkan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memperhalusi kaedah yang komprehensif bagi proses pelaksanaan keputusan yang sudah dicapai.

“Kesinambungan kepada usaha-usaha itu terus diperjuangkan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama Kerajaan Persekutuan pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Satu Majlis Khas Kabinet ditubuhkan di peringkat Persekutuan bagi meneruskan dan memantau pelaksanaan keputusan yang sudah dicapai jawatankuasa sebelum ini,” katanya.

Katanya lagi, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di Jabatan Perdana Menteri juga dilantik sebagai urus setia bagi memantau pelaksanaan keputusan dasar Jawatankuasa Khas Kabinet itu.

“Kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ini supaya usaha untuk mengembalikan hak negeri Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan serta aspirasi rakyat negeri ini dapat direalisasikan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.