nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat Melaka lebih tahu pencapaian Tok Rauf

6 NOV : Rakyat Melaka lebih mengetahui pencapaian dan usaha pembangunan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh sepanjang lebih tiga tahun lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, rakyat Melaka sendiri dapat melihat dan merasai hasil pelaksanaan pelbagai usaha sepanjang tempoh pentadbiran berkenaan.

“Saya fikir lima bulan dulu rakyat Melaka sudah buat keputusan. Orang Melaka sebenarnya sudah tahu apa mereka nak buat (mengundi).

“Perkara ini ada kaitan dengan rentetan apa yang terjadi dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu pengundi dan peniaga bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi di Pantai Puteri pada Khamis.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, perkembangan politik sejak tujuh hingga lapan bulan lalu turut menjadi antara perkara yang mempengaruhi pertimbangan pengundi, selain percaya sebahagian besar rakyat sudah mempunyai pilihan masing-masing.

Katanya, kemudahan mendapatkan maklumat menerusi media sosial juga membolehkan rakyat mengikuti perkembangan politik semasa dan membuat penilaian sendiri.

Menyentuh soal gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat memberi mandat kepada kerajaan negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, Mahdzir berkata, keputusan tetap terletak di tangan pengundi.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi keputusan pilihan raya di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini yang memperlihatkan pengundi mempunyai pertimbangan tersendiri dalam menentukan kerajaan pilihan mereka.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga berkata, BN mengharapkan sokongan pengundi terhadap gabungan itu bersama rakan strategiknya, Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka kali ini.

“Di Melaka ini, semua sudah tahu bahawa BN memilih PN sebagai rakan strategik. Sudah pastinya kita merayu kepada masyarakat untuk memberikan undi kepada BN dan juga PN.

“Kita juga merayu kepada ahli dan penyokong PN untuk memberikan undi kepada BN,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.