nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga lagi kluster baru di Sabah

11 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu COVID-19 yang kesemuanya dilaporkan di negeri Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Karamunting di Sandakan dengan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.

Katanya, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19 dan kesemua kes tersebut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.

“Sehingga 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu) dan sembilan individu dikesan negatif,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Tambah Noor Hisham, kluster kedua ialah Kluster Saga melibatkan daerah Kota Kinabalu dan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November lalu.

Katanya, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan lagi kes positif COVID-19 dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif COVID-19 dan 47 individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Kluster ketiga pula, kata Noor Hisham adalah Kluster Haven melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah.

Katanya, lima kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 5 November lalu.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.

“Sehingga 11 November jam 12 tengah hari, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 manakala 17 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu menurut Noor Hisham, sebanyak 24 kes baru yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

Katanya, ini melibatkan Kluster Tembok, 15 kes, Kluster Penjara Kepayan (3), Kluster PTS Tawau (2), Kluster Rumah Merah (2), Kluster Penjara Sandakan (1) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1).

Ujar beliau, keseluruhannya sebanyak 48 kluster aktif di seluruh negara melaporkan pertambahan kes hari ini dengan tertinggi Cergas di Negeri Sembilan yang mencatatkan 209 kes.

“Turut dilaporkan kluster-kluster di Selangor dengan yang teryinggi Perigi dengan 20 kes diikuti Hentian, 26 kes,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.