nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pandu lawan arus sebab nak balik rai Deepavali

12 NOV: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan Deepavali nekad memandu melawan arus hanya kerana ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai sehingga menyebabkan kemalangan di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila T. Yugeswaran, 34, yang memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat SJR polis.

“Selepas itu, sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.

“Kebetulan sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu. Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azharuddin menambah pemandu Perodua Axia itu telah ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.