nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Program Kesihatan Mental bantu bekas pesakit COVID-19

12 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan Program Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial bagi mengatasi stigma berkenaan pesakit atau bekas pesakit COVID-19 supaya ia tidak menjadi fenomena yang boleh menggugat kesejahteraan emosi mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, usaha berkenaan dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghindari stigma terhadap pesakit dan bekas pesakit COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen BN Batu Pahat, Johor berkata, antara usaha lain dijalankan oleh KKM adalah menggunakan slot penerangan di televisyen, radio serta video tentang maklumat penyebaran COVID-19 serta risiko jangkitan bagi pesakit COVID-19 yang telah sembuh.

adham baba
DR ADHAM BABA

“Penerangan ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman bahawa risiko jangkitan yang rendah bagi mengelak stigma terhadap pesakit dan keluarga.

“KKM juga menerbitkan edaran infografik secara maya melalui portal dan Facebook rasmi KKM supaya masyarakat sedar dan cakna bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang pesakit dan bekas pesakit COVID-19,” katanya dalam jawapan bertulis sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Adham menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi menghapuskan stigma terhadap bekas pesakit COVID-19 serta apakah impak jangka masa panjang stigma ini kepada emosi individu terbabit.

Beliau menambah, KKM juga menyediakan Perkhidmatan Bantuan Talian Sokongan Psikososial dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dr Adham berkata, mereka menjadi agen penting memberi penerangan dan pendidikan kepada pemanggil yang secara rata-ratanya memerlukan sokongan emosi akibat kebimbangan jangkitan covid-19 melalui ahli keluarga atau individu rapat yang telah disahkan positif.

“Sokongan emosi pesakit dan keluarga juga dilakukan di semua fasiliti kesihatan yang merawat pesakit COVID-19 dengan mengadakan sesi kaunseling, intervensi psikologi serta pelbagai terapi ringkas yang lain seperti terapi seni, terapi relaksasi pernafasan dan saringan kesihatan mental.

“Bantuan awal psikologi juga diberikan kepada individu berkaitan jika keadaan emosi mereka tidak stabil atau dalam keadaan krisis emosi,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu perlu kerana impak jangka panjang kepada individu yang mengalami kesan stigma termasuk mereka cenderung ke arah mengalami emosi yang mudah terganggu, tahap resilien yang rendah, sensitif, kurang fokus, rasa rendah diri dan menjurus kepada pelbagai isu kesihatan mental lain sehingga boleh menjejaskan fungsi kehidupan harian.

“Keadaan ini juga secara langsung akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti kesan simptom somatik, badan berasa lemah, sakit kepala, berasa degupan jantung lebih laju dan sebagainya,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.