nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga kluster baru, Bina Damanlela di KL lapor 460 kes

15 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu pada hari ini melibatkan dua di Sabah dan satu di Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Plaza di Kota Kinabalu dan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November lalu dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu.

Katanya, saringan kontak rapat kemudian telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19 dan sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring dengan 12 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan tujuh individu dikesan negatif.

“Kluster kedua ialah Kluster Jalan Kalabakan di Tawau. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID-19 dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kluster ketiga ialah Kluster Jeri melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November.

“Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

“Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); 535 individu dikesan negatif; dan 609 individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Dalam pada itu, terdapat 42 kluster aktif COVID-19 melaporkan pertambahan kes hari dengan tertinggi Kluster Bina Damanlela di Kuala Lumpur dengan 460 kes.

Katanya, ini diikuti Teratai dan Perigi juga di Lembah Klang dengan 53 dan 33 kes baru.

“Kluster lain seperti Hentian di Selangor melaporkan 29 lagi kes manakala Kluster Cergas di Negeri Sembilan yang mencatatkan tiga angka semalam melaporkan pertambahan 17 kes.

“KKM ingin memaklumkan Kluster Bah Arnab di Kuching telah tamat hari ini. Sehingga 15 November, seramai 72 individu telah disaring di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 manakala 60 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.