nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Allahyarham banyak corakkan politik saya – Muhyiddin

16 NOV: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman sebagai individu yang telah memainkan peranan besar dalam mencorakkan perjalanan politik beliau.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Muhyiddin berkata, selaku bekas Setiausaha Politiknya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dan Hasbullah mempunyai banyak kenangan yang dikongsi bersama.

“Selaku Setiausaha Politik, arwah telah memainkan peranan besar dalam mencorakkan perjalanan politik saya, jasa yang amat saya hargai hingga ke hari ini. Banyak kenangan yang kami kongsi bersama.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat saya,” kata Perdana Menteri sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang.

Tambah Muhyiddin, sebagai seorang wakil rakyat pula, Allahyarham yang beliau kenali adalah individu yang sentiasa membangkitkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen.

Malah jelas Perdana Menteri, sikap Hasbullah yang ramah membuatkan Allahyarham mesra dengan semua orang.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham sepanjang bergelar wakil rakyat dan juga selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Semoga amalan baik Allahyarham diterima Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Hasbullah, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Kuala Lipis petang ini.

Allahyarham didapati tidak sedarkan diri dalam kenderaannya dan kemudian dikejarkan ke sebuah klinik sebelum dibawa ke Hospital Raub dan disahkan meninggal dunia kemudian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.