nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shafie Apdal dibidas masih pertahan cadang bubar DUN

16 NOV: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, disifatkan sebagai angkuh kerana mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), dengan mengatakan beliau “rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan.”

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, berkata kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu secara langsung menunjukkan Mohd Shafie tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Mohamad yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkata ini kerana sudah menjadi bukti bahawa PRN Sabah secara langsung menjadi punca utama kepada jangkitan serius COVID-19.

Berikutan itu, Mohamad percaya masalah berkenaan sudah tentu boleh dielakkan sekiranya tidak ada PRN.

“Itu sebabnya kita telah menegaskan agar Datuk Seri Shafie Apdal bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Sabah sekarang.

“Semasa sesi perbahasan (di Dewan Rakyat) pada pagi tadi, saya telah mencelah bertanya kepada Datuk Seri Shafie Apdal sama ada beliau kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes COVID-19 di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan Pusat dengan kerjasama dan sokongan padu Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meningkatkan usaha bagi menangani masalah COVID-19 dengan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan oleh rakyat.

“Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah kepada GRS untuk memerintah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Shafie cuba menyalahkan kerajaan Persekutuan berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 selepas PRN pada 26 September lalu.

Ahli Parlimen Warisan Semporna itu seolah-olah enggan mengakui hakikat bahawa situasi itu tercetus berikutan tindakannya mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya nak nyatakan di sini bahawa sistem yang ada dalam perundangan negara kita sudah sedia ada.

“Kalau sekiranya tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada ketika ini, negeri Sabah merupakan negeri yang amat terkawal, paling banyak zon hijau,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.