nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5,537 majikan langgar syarat PSU disenarai hitam

18 NOV: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah mengenal pasti dan menyenarai hitam sebanyak 5,537 majikan yang melanggar syarat permohonan bantuan di bawah Program Subsidi Upah (PSU) termasuk pemberhentian pekerja dan tidak membayar caruman.

Berikutan itu PERKESO akan menyenaraikan majikan yang menerima bantuan di bawah Pakej Bantuan PRIHATIN PKS dalam laman sesawang rasminya sebagai rujukan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan juga mendedahkan berdasarkan rekod Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), sebanyak 2,713 syarikat berstatus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia terpaksa menutup perniagaan sepanjang 1 Mac hingga 30 Oktober 2020 akibat penularan pandemik COVID-19.

M SARAVANAN
M SARAVANAN

Beliau berkata, berdasarkan rekod PERKESO, sebanyak 222 majikan yang menerima bantuan PSU dan menutup perniagaan mereka.

“Berhubung kebankrapan atau kemuflisan individu akibat pandemik COVID-19 dari Mac hingga Oktober 2020, kementerian tidak mempunyai rekod berkaitan kerana ia berada di bawah bidang kuasa Jabatan Insovensi Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan sudah mengambil langkah dengan menaikkan had amaun keterhutangan daripada RM50,000 kepada RM100,000 untuk menguruskan kes kebankrapan menerusi penguatkuasaan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 2020 atau Akta 829,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Klang, Charles Anthony Santiago meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilangan syarikat yang menerima bantuan subsidi upah dan terpaksa gulung tikar.

Santiago juga meminta Saravanan menyatakan bilangan penutupan perniagaan SME dan kemuflisan individu akibat pandemik COVID-19 daripada MacOktober 2020 dan bilangan majikan yang menerima subsidi upah tetapi tidak menyalurkan wang tersebut kepada pekerja dan hukuman terhadap mereka.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, sehingga 11 November lalu, PERKESO sudah menerima sebanyak 388 aduan oleh pekerja terhadap majikan yang menyalahgunakan bayaran bantuan PSU membabit dana berjumlah hampir RM20 juta menerusi sistem SIP.

Berikutan itu, Saravanan berkata dari segi penguatkuasaan PERKESO akan menggantung bayaran PSU kepada majikan terbabit dengan kes membuat tuntutan palsu sehingga siasatan terhadap aduan kes berkenaan selesai.

“PERKESO juga sudah mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan. Daripada jumlah aduan diterima 156 kes tuntutan paslu dan salah guna dana PSU sudah dikenal pasti oleh PERKESO untuk tindakan menuntut kembali bayaran daripada majikan berkenaan.

“Sebanyak 232 kes aduan pula dalam proses inquari bagi melengkapkan maklumat aduan untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata PERKESO juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes tuntutan palsu dan penyalahgunaan PSU.

“Malah, sehingga kini SPRM sudah membuka lima kertas siasatan termasuk membabitkan satu tangkapan dibuat di Kedah, pada 6 Oktober 2020,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.