nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo diberi amaran

23 NOV: Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi amaran keras dan sedia mengambil tindakan tegas termasuk mengeluarkan Arahan Pemberhentian Kerja (Stop Work Order) jika kontraktor Projek Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) Sarawak gagal mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan pihak berkuasa.

Timbalan Menterinya, Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata kementerian sudah menggariskan empat prosedur keselamatan wajib dipatuhi oleh semua kontraktor yang terbabit dengan pelaksanaan projek Pan Borneo Sarawak bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalan lain sentiasa terjamin.

Beliau berkata empat prosedur berkenaan ialah pertama Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan – TMP) di tapak bina sepanjang pembinaan jalan raya, berpandukan kepada Piawaian Arahan Teknik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kedua, Akta Kilang Dan Jentera 1967, Peraturan (Building Operation and Works of Engineering Construction – BOWEC) 1986; ketiga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; dan keempat Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Awam di Tapak Bina Tahun 2007.

“Jika terdapat kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi prosedurprosedur keselamatan yang dinyatakan di atas, Arahan Pemberhentian Kerja (Stop Work Order) akan dikeluarkan kepada pihak kontraktor terlibat.

“Kerja-kerja pembinaan hanya boleh diteruskan setelah penambahbaikan dilaksanakan oleh kontraktor berdasarkan kepada Notis Penambahbaikan (Corrective Action Request – CAR) oleh Pegawai Penguasa (Pengarah JKR Sarawak),” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen GPS – PBB Igan, Ahmad Johnie Zawawi, yang meminta menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian terhadap syarikat kontraktor yang gagal menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang menjadi punca kemalangan dan sejauh mana pemantauan dibuat bagi memastikan pematuhan TMP khususnya di kawasan Lebuh Raya Pan Borneo

Mengulas lanjut, Eddin Syazlee berkata pemantauan berterusan juga dilakukan oleh KKR dan JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya khususnya di sepanjang kawasan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Beliau berkata ini termasuklah pemeriksaan mengejut dan audit keselamatan jalan raya oleh pihak ketiga, iaitu Ibu Pejabat JKR Malaysia yang diadakan mengikut keperluan dan aduan sekiranya ada.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.