nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerugian RM100 bilion, semua diseru beri sokongan

26 NOV: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini mengajak Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia di luar sana, untuk bersama-sama semarakkan semula pelancongan domestik dan menyokong seni dan kebudayaan.

Nancy berkata, ini perlu kerana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan industri pelancongan tempatan mengalami kerugian melebihi RM100 bilion bagi tahun 2020 akibat kehilangan perbelanjaan pelancong terutamanya yang berkaitan dengan penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman berikutan penularan COVID-19, sejak Mac lalu.

Beliau berkata, penularan wabak COVID-19 telah membawa kesan negatif yang sangat besar bukan sahaja kepada industri pelancongan tempatan malah turut menjejaskan industri ini di seluruh dunia.

“Bagi Malaysia, Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang telah dirancang terpaksa dibatalkan berikutan pengisytiharan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi berikutan gelombang ketiga penularan COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini juga boleh memberi kesan yang lebih buruk,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

langkawi

Justeru, Nancy berkata bagi membantu meringankan impak terhadap penggiat industri dan seterusnya memulihkan industri pelancongan tempatan, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi (PRE) iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN dan PENJANA.

Beliau berkata, antara bantuan dan insentif yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat industri pelancongan adalah Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA; pengecualian cukai pelancongan; pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan; pelepasan khas cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik; Program Subsidi Upah (PSU); dan inisiatif bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Katannya, dalam usaha untuk membantu industri pelancongan negara kembali bangkit, MOTAC telah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan.

Beliau berkata antara strategi utama MOTAC dalam Pelan Pemulihan Pelancongan adalah memberi fokus kepada usaha menyemarakkan pelancongan domestik sebaik sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pembukaan semula aktiviti ekonomi bermula 10 Jun 2020 lalu.

“Pembukaan aktiviti ekonomi ini telah memberi ruang untuk industri pelancongan kembali bernafas setelah terhenti sepenuhnya semasa pelaksanaan PKP. Ini terbukti apabila banyak indikator seperti kadar penghunian di premis pelancongan, pergerakan kenderaan merentas sempadan negeri dan sebagainya menunjukkan bahawa aktiviti pelancongan tempatan mula kembali bangkit.

“Namun, gelombang ketiga penularan wabak COVID-19 telah memaksa PKPB dilaksanakan semula. Dan sekali lagi, sektor pelancongan terpaksa kembali mengharungi saat yang sukar. Di awal pelaksanaan PKPB, aktiviti pelancongan adalah dilarang dan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan.

“Selepas keadaan mula sedikit pulih, kami di MOTAC telah membentangkan cadangan untuk memperkenalkan gelembung perjalanan domestik zon hijau bagi menghidupkan semula sektor pelancongan tempatan. Alhamdulillah, Kerajaan pada 20 November 2020 yang lalu telah bersetuju untuk meluluskan cadangan MOTAC ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.