nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bina struktur kekal di Beting Patinggi Ali

1 DIS: Kerajaan perlu membina struktur kekal di kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak bagi membuktikan bahawa pulau kecil berkenaan adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Ahli Parlimen BN Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan berkenaan perlu bagi menunjukkan kepada negara lain terutama China bahawa Beting Patinggi Ali adalah hak mutlak Malaysia bukannya titik pertindihan sempadan yang boleh dituntut oleh mana-mana negara.

“Kawasan Beting Patinggi Ali bukan lokasi pertindihan sempadan kerana ia terletak di negara kita iaitu hanya 80 batu nautika dari Bintulu, Sarawak, manakala jarak dengan selatan China adalah lebih 4,000 batu nautika.

“Jadi Malaysia perlu bertindak lebih tegas jika tidak hilang satu lagi kawasan stategik seperti berlaku kepada Pulau Spratly yang pernah menjadi kawasan tuntutan bertindih antara negara ini, China dan Vietnam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC) berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada tiga cadangan dikemukakannya kepada kerajaan bagi menangani isu pencerobohan kapal pengawal pantai (CGC) China di perairan negara, pada masa depan.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata Malaysia mengambil tiga langkah utama, pertama memfailkan kes pencerobohan kapal CGC China di perairan Malaysia berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Kita patut mencontohi tindakan dilakukan oleh negara Filipina yang sudah berbuat demikian. Namun kurang pasti sama ada Vietnam sudah berbuat demikian atau tidak.

“Kedua Malaysia harus bekerjasama dengan negara ASEAN lain bagi melindungi perairan negara anggota daripada sebarang pencerobohan kapal negara asing,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas berkenaan perlu kerana berdasarkan maklumat Laporan Audit Negara baru-baru ini kapal CCG China sudah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara tahun 2016 hingga 2019.

“Sebenarnya pencerobohan kapal CGC China di perairan Beting Petinggi Ali, adalah lebih awal daripada apa dilaporkan dalam laporan audit berkenaan iaitu bermula pada tahun 2013 sehingga hari ini.

“Berikutan itu, Malaysia sudah menghantar enam Nota Bantahan Diplomatik kepada China, namun sehingga kini tiada satu pun dijawab oleh pihak berkuasa negara terbabit,” katanya.

Terdahulu, Shahidan memuji usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas kejayaan memulihkan kembali hubungan dua hala dengan negara China dan India memang patut dipuji.

“Kejayaan Kementerian Luar meningkatkan eksport minyak sawit ke China dan India terbukti apabila pada Oktober lalu dalam lawatan Menteri Luar China, beliau menyatakan republik berkenaan bersetuju membeli 1.7 juta tan matriks minyak sawit sehingga tahun 2023.

“Malah, India juga menunjukkan komitmennya apabila kembali mengimport semula minyak sawit mentah dari Malaysia mulai Mei lalu.

“India juga menurunkan duti eksport bagi minyak sawit mentah kepada 27.5 peratus daripada 37.7 peratus, sekali gus memberikan import positif kepada peningkatan ketara harga komuditi.

“Ini sekali gus membuktikan usaha kerajaan menerusi KLN berjaya membaik pulih hubungan antara Malaysia dengan negara India dan China yang agak dingin di zaman pemerintahan PH sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahidan mengesahkan beliau akan mengemukakan permohonan bertulis bagi membolehkan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok, berikutan tindakannya menggelar penyokong kerajaan sebagai lembu dan kambing. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.