nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bajet kementerian Azmin lulus dengan lebih 6 undi

3 DIS: Pembangkang gagal menolak kelulusan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini apabila keputusan undi belah bahagi menunjukkan seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 104 orang yang tidak menyokong.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan itu turut menyatakan, seramai enam Ahli Parlimen tidak hadir ketika pengundian dilakukan.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

MITI menjadi kementerian keempat dengan kelulusan ditentukan menerusi kaedah itu selepas Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada Isnin dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) pada Selasa lalu.

Undi MITI
Suasana dalam Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagi sebelum belanjawan MITI diluluskan.

Sesi penggulungan oleh Menteri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga kecoh apabila diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk termasuk Ahli Parlimen PH Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen UPKO Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Tindakan ini dilihat selepas Menteri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan sebanyak RM635 juta pada Oktober 2018 bagi peruntukan untuk menampung kos Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Walau bagaimanapun, pada 2019, kerajaan PH telah menyemak semula peruntukan tersebut dan telah diturunkan kepada RM350 juta dan pembayaran dilakukan secara bersasar iaitu RM20 juta pada tahun 2019, RM300 juta bagi tahun 2020 dan RM30 juta diperuntukan untuk tahun hadapan yang telah pun diluluskan oleh bekas Menteri Kewangan.

“Saya nak terangkan penyaluran awal tahun 2019 adalah bagi membiayai persediaan awal manakala bagi penyaluran 2020 buat penganjuran sebenar persidangan APEC sepanjang tahun. Mesyuarat APEC bukan sahaja pada 20 November, itu dipanggil AELM, hanya satu hari tapi persidangan APEC selama satu tahun yang bermula di Langkawi pada tahun 2019.

“Kita telah adakah 146 mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai kanan yang melibatkan menteri-menteri ekonomi, menteri-menteri kewangan yang melibatkan banyak kementerian lain. Kemudian untuk tahun 2021 ianya adalah untuk menampung pembayaran akhir segala komitmen dalam perjanjian yang ditandatangani dalam Kerajaan PH.

“Saya hanya menyambung tugas untuk menjayakan APEC 2020. Mengapa saya dibebankan dengan tanggungjawab seperti ini? Sepatutnya Yang Berhormat Tuaran boleh menanya Yang Berhormat Penampang dari satu negeri, dari satu kapal. Ini kerana dia yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian ini,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab perbahasan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan berapakah penjimatan yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap peruntukan oleh PH mengenai APEC, Azmin memberitahu sebanyak RM234.4 juta daripada RM350 juta dapat dijimatkan.

Menurut beliau, wang tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan yang memerlukan dana yang lebih besar bagi pakej rangsangan ekonomi dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan baki selebihnya telah digunakan bagi membiayai persidangan tersebut yang berlangsung dengan jayanya.

“Pertama, penyaluran (peruntukan) kepada kementerian-kementerian berjumlah RM13 juta, Kementerian Kewangan RM7 juta bagi melaksanakan APEC; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, RM4.1 juta; Kementerian Dalam Negeri RM2 juta manakala baki RM53.5 juta dibelanjakan buat penganjuran APEC di pelbagai peringkat termasuk mesyuarat menteri-menteri yang bermula seawal DIsember 2019 di Langkawi.

“Sebagai kemuncak APEC, Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Menteri APEC dan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Secara keseluruhan, 146 mesyuarat dan program pelbagai peringkat telah dilaksanakan sepanjang penganjuran APEC dan akhirnya Malaysia dijulang sebagai negara yang berjaya mengadakan APEC pada tahun ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.