nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lagi pegawai Imigresen KLIA ditahan

3 DIS: Seorang pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan semalam kerana disyaki meminta suapan RM22,000 bagi melepaskan dua warga China yang ditahan pada Isnin lalu.

Difahamkan, dua warga China terbabit ditahan atas kesalahan menggunakan cop palsu.

Sumber berkata, pegawai berusia 26 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika menerima rasuah di sebuah stesen minyak di KLIA pada jam 7.45 malam.

Katanya, kes itu tiada kaitan dengan Ops Selat yang dilancarkan SPRM baru-baru ini, sebaliknya suspek itu bergerak secara bersendirian tetapi biasa melakukan perbuatan itu.

Tambahnya, penahanan itu adalah lanjutan daripada tangkapan awal membabitkan seorang ejen berusia 40 tahun di Cheras pada jam 12 tengah hari pada hari sama.

“Hasil soal siasat, wang diterima ialah untuk seorang pegawai imigresen di KLIA,” katanya.

Sumber memaklumkan, modus operandi mereka yang ditahan itu membabitkan pegawai imigresen memberikan ejen, butiran mana-mana warga China yang ditahan atas kesalahan imigresen di KLIA.

“Tugas ejen ialah menghubungi keluarga mereka di China untuk meminta wang rasuah bagi melepaskan diri dari tahanan imigresen.

“Keluarga berkenaan kemudian akan menghubungi rakan di Malaysia untuk membantu menyediakan wang dan menyerahkan kepada ejen,” katanya.

Sumber berkata, isu rasuah di KLIA sudah menjadi pandemik dan amat membimbangkan, memandangkan ia membabitkan keselamatan negara.

“Pegawai korup yang bertugas di pintu masuk negara memudahkan keluar masuk pendatang asing yang bermasalah ke Malaysia.

“Kegiatan itu membuatkan pendatang asing tanpa izin tidak perlu lagi ikut jalan tikus dan mengharungi lautan bergelora untuk masuk ke negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.