nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GST: Kajian teliti sebelum buat keputusan

7 DIS: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang melaksanakan kajian teliti dalam menilai kekuatan dan kelemahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum sebarang keputusan dibuat.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, penelitian daripada pelbagai elemen itu akan membabitkan perkara utama yang diusahakan kerajaan iaitu memfokuskan dalam menjaga kesihatan rakyat, menjaga kelangsungan dan ketahanan ekonomi.

Menurut beliau, perkara itu perlu dilaksanakan bagi memastikan cukai tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna yang tidak memberi tekanan kepada rakyat selain bukanlah sebagai satu pilihan baharu untuk mengantikan cukai sedia ada.

“Kita akan kaji semua, sebab itu Yang Berhormat dapat Belanjawan diumum Menteri Kewangan, kita banyak memberi tumpuan pada langkah-langkah lain seperti kita meningkatkan penguatkuasaan Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) bagi kita mengurangkan ketirisan hasil negagra kerana dapat menyumbang kepada negara.

“Kita sedang melaksanakan langkah pembaharuan struktur dan sedang merangka bagi memperluaskan hasil negara dan akan melaksanakan lebih tingginya tadbir urus kerana apa bagi kita kerajaan itu penting. Itu sebab Menteri Kewangan amat komited untuk kita gubal satu Akta Tanggungjawab Fiskal untuk menambah baik pengurusan dan pelaburan fiskal,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PH Kota Raja, Mohamad Sabu tentang sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada tahun hadapan bagi menambah hasil pendapatan negara.

Dalam pada itu, berhubung tindakan Fitch Ratings menyemak turun Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ dari ‘A-‘, Mohd Shahar memberitahu, ia adalah disebabkan krisis COVID-19 yang telah menjejaskan beberapa kredit metrik utama Malaysia termasuk langkah kerajaan menangani pandemik dengan bantuan kewangan kepada rakyat dan perniagaan yang meningkatkan bebanan fiskal.

“Krisis ini bukan krisis disebabkan faktor dalaman atau fundamental ekonomi dalam negara kerana apa yang telah kita lihat prestasi-prestasi peningkatan dari elemen-elemen bukan menunjukkan penurunan dari A- kepada BBB+ disebabkan faktor dalaman penunjuk. Sebagai contoh, kedudukan Malaysia merupakan negara paling kompetitif di negara ini yang menduduki tempat ke-12 dalam laporan Doing Business,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Mohamad tentang kedudukan hutang semasa negara dan nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), beliau berkata, sebanyak RM974.3 billion atau 60.7 peratus daripada KDNK merupakan nisbah hutang negara berdasarkan pengiraan di bawag Akta 275 dan Akta 637.

Menurut beliau, nisbah hutang ini merangkumi instrumen sekuriti kerajaan Malaysia, terbitan pelaburan kerajaan Malaysia dan perbendaharaan Islam Malaysia baru yang mencatat 56.6 peratus daripada KDNK negara yang kurang daripda had 60 peratus yang telah ditetapkan di bawah Akta 830 (Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Penyakit COVID-19)

“Secara keseluruhan hutang dalam liabiliti kerajaan sebanyak RM1257 bilion atau 87.3 peratus dari KDNK pada akhir September 2020. Kerajaan komited untuk memastikan pembayaran hutang kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual.

“Dalam situasi krisis pandemik COVID, kerajaan akan beri tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutamanya bagi memelihara kesejahteraan rakyat, dan menyokong aktiviti perniagaan rakyat.

“Setelah ekonomi kembali pulih, kerajaan kembali laksanakan langkah-langkah konsultasi fiskal dalam usaha memastikan paras pendedahan dalam labiliti hutang dan kerajaan terkawal dan terurus,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.