nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia terima vaksin COVID-19 suku pertama 2021

7 DIS: Kerajaan menyasarkan tempoh suku tahun pertama 2021 bagi memperoleh wajaran pertama untuk pemberian vaksin secara percuma COVID-19 kepada rakyat Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu selari dengan matlamat kerajaan yang menyasarkan 70 peratus daripada rakyat Malaysia akan mendapat suntikan vaksin COVID-19 bagi membentuk imuniti kelompok di bawah Pelan Vaksinasi Kebangsaan bagi COVID-19.

Beliau berkata, sehingga kini Malaysia menandatangani dua perjanjian bagi memberikan jaminan bekalan vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah populasi negara.

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

“Perjanjian pertama adalah bersama dengan fasiliti COVAX pada 23 November lalu untuk menjamin berkalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

“Manakala, perjanjian kedua adalah berkaitan dengan pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer yang dimeterai pada 24 November bagi memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

“Bagi mencapai baki sasaran sebanyak 40 peratus lagi kerajaan masih dalam proses perbincangan dan rundingan bersama syarikat farmaseutikal pembangun vaksin COVID-19 yang lain,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang memintanya menyatakan status terkini penyediaan vaksin COVID-19 bagi Malaysia, dan bilakah ia dijangka akan mula diberi kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Khairy berkata bagi tujuan vaksinasi kepada rakyat pula kerajaan mensasarkan tempoh suku tahun pertama 2021 bagi memperoleh wajaran pertama vaksin COVID-19.

“Suka ditegaskan kerajaan tidak akan berkompromi soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin. Keputusan akhir penggunaan sesuatu vaksin di Malaysia hanya akan dibuat selepas melalui proses pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata kerajaan juga sudah mendapat jaminan daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer bahawa bekalan vaksin COVID-19 dipesan Malaysia akan tiba di negara ini seperti dijadualkan biarpun mereka kini menghadapi masalah rantaian sekarang.

“Masalah berkenaan hanya terkesan bagi rantaian bekalan 2020 tidak beri kesan kepada bekalan 2021. Namun sekiranya berlaku apa-apa gangguan kepada rantaian bekalan vaksin Malaysia seperti negara lain kita mengambil pendekatan untuk memperolehi portfolio vaksin bukan hanya satu syarikat malah pelbagai syarikat untuk memastikan kita mendapat bekalan mencukupi.

“Kalau kita hanya dapat dari satu syarikat kita itu akan membuka kita kepada risiko untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi.

“Berkenaan kos sampingan penyediaan logistik dan sebagainya ada perjanjian seperti dengan Pfizer kos kita bayar bagi satu dos vaksin meliputi kos pengangkutan yang ditanggung oleh syarikat berkenaan sendiri. Itu bergantung kepada perjanjian dibuat dengan syarikat terbabit berbeza,” katanya katanya ketika menjawab soalan tambah dikemukan oleh Ahli Parlimen PH Lembah Pantai.

Berikutan itu, Khairy mengesahkan kerajaan masih lagi meneliti kos sebenar untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 untuk memenuhi keperluan 70 peratus populasi rakyat Malaysia.

“Kos akhir kita sedang meneliti bukan hanya merangkumi pengangkutan tetapi turut merangkumi kos penyimpanan akan diperhalus dan maklumkan apabila kita mendapatkan kepastian,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.