nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktif semula PKRC MAEPS, tumpu warga asing

9 DIS: Kerajaan akan mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk mengaktifkan PKRC MAEPS 2.0 secara segera ini adalah berikutan peningkatan kes COVID-19 dengan mendadak dan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sebelum ini, fasa pertama PKRC MAEPS 1.0 telah mula beroperasi pada 16 April laludan ditutup pada 15 Julai setelah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoritinya adalah bukan warganegara (86 peratus) dan 14 peratus adalah warganegara Malaysia.

“Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit COVID-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan akan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara (BWN) sahaja.

“Pengaktifan ini turut melibatkan pemindahan pesakit COVID-19 (BWN) daripada ILLKM, Sungai Buloh ke MAEPS. Berbanding hanya 604 katil sebelum ini, ketersediaan katil di PKRC MAEPS 2.0 adalah dengan anggaran jumlah katil sebanyak 10,000 katil berdasarkan tiga fasa iaitu fasa pertama – 3,000 katil; fasa kedua – 3,300 katil dan fasa ketiga – 3,700 katil,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pentadbiran PKRC MAEPS 2.0 diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“Ia merupakan satu kolaborasi di antara KKM dengan pelbagai agensi kerajaan yang lain termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ATM, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata memandangkan PKRC MAEPS 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan MKN Selangor untuk melaksanakan saringan secara bersasar dan besar-besaran di Central Spectrum (Sektor A), Pulau Indah.

Beliau berkata tarikh pelaksanaan saringan besar-besaran itu adalah pada esok di Central Spectrum dan akan melibatkan 45 buah syarikat, 102 premis dengan seramai 1,200 penghuni yang majoritinya adalah BKW.

“Sektor A diberikan keutamaan kerana majoriti kes dicatatkan di lokaliti tersebut. Sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil saringan di Sektor A, kawasan saringan akan diperluaskan ke Sektor B dan C,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.