nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

107 Ahli Parlimen sokong, bajet KKMM RM9.4b lulus

10 DIS: Pembangkang gagal menolak kelulusan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini apabila keputusan undi belah bahagi menunjukkan seramai 107 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 100 orang yang tidak menyokong.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan itu turut menyatakan, seramai 13 Ahli Parlimen tidak hadir ketika pengundian dilakukan.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya belanjawan KKMM melibatkan peruntukan sebanyak RM9.4 bilion diputuskan menerusi kaedah itu dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata filem tempatan yang berkisar mengenai alam Melayu, kebudayaan dan kenegaraan mampu menjulang negara ke tahap lebih tinggi termasuk memenangi anugerah Oscar.

Justeru itu, menurut beliau, Majlis Kreatif Negara telah ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi melaksanakan kajian terperinci bagi menjana dan memacu bakat-bakat dalam menaikkan industri kreatif negara di mata dunia.

“Dan untuk contoh filem, di bawah FINAS kita letakkan perbelanjaan itu satu untuk mereka baru berjinak dan baru buat filem. Kedua adalah untuk memajukan mereka yang telah bermula dan ketiga ialah kategori kenegaraan ini adalah filem-filem penting untuk negara, filem bersifat nasionalis dan sebegainya yang haru dibangunkan dalam kadar biasa.

“Mungkin seorang produser tak nak buat kerana bila bawa pawagam tak laku tetapi ini adalah filem-filem yang penting yang harus kita lakukan dan ‘road to oscar’ ini mungkin tak capai dalam masa setahun dua tetapi harus mengorak langkah di peringkat tersebut,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PH Kluang, Wong Shu Qi tentang agihan dana yang diberikan kepada pembuat filem dan mengurangkan beban mereka disebabkan peruntukan membauat sesebuah filem adalah sangat besar.

Dalam pada itu, bagi menjawab Ahli Parlimen PH Puchong, Gobind Singh Deo mengenai sesi saringan perolehan, Saifuddin memberitahu sehingga November 2020, seramai 653 orang terlibat di bawah perkara itu yang membabitkan ramai pemain industri kreatif dan pengamal media.

Menurut beliau, hasil perbincangan antara RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bersetuju untuk melaksanakan penambah baikan menerusi sesi tersebut.

“Yang pertama melibatkan pelantikan 397 orang secara kontrak yang akan berstatus penjawat awam serta tertakluk kepada peraturan penjawat awam. 34 orang stringer dan 222 sesi saaringan perolehan sedia ada masih kekal sebagai itu kerana pelbagai faktor.

“Sebagai contoh ada yang mereka lebih rela dalam sesi itu kerana dah ada kerja lain dan sebagainya dan ini masih di peringkat awal dan akan maklumkan di dewan jika ada makluamt terkini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.