nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hashim Jasin Kekal Mursyidul Am Pas

15 DIS : Majlis Syura Ulama PAS hari ini mengumumkan Datuk Hashim Jasin terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun akan datang.

Antara pemimpin Pas yang turut dilantik semula ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am, manakala Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali pula dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.

Pelantikan Hashim dan Ahmad serta 15 Ahli Majlis Syura lain dibuat mengikut Fasal 8(2), (3), (4), (5), (6) dan (7), Perlembagaan PAS, selepas mereka bermesyuarat pada hari Isnin lalu.

“Mesyuarat Majlis Syura Ulama itu juga membincangkan situasi politik semasa dan menegaskan kepentingan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya Hashim dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden parti itu, Idris Ahmad antara barisan kepemimpinan tertinggi PAS Pusat yang mengisi jawatan Ahli Majlis Syura parti tersebut.

Turut dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama ialah Datuk Dr. Nik Mohamad Zawawi Salleh; Datuk Dr. Johari Mat; Datuk Mahfodz Mohamed dan Datuk Taib Azamudden Md Taib.

Antara nama lain ialah Hishamuddin Abdul Karim; Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban; Datuk Dr Norhafizah Musa dan Dr. Wahibah Tahir.

Melengkapkan 17 ahli majlis tersebut ialah Ahmad Ali; Profesor Datuk Dr. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff dan Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad.

Untuk rekod, Majlis Syura Ulama Pas menjadi hierarki tertinggi parti khususnya dalam menentukan sesuatu keputusan besar melibatkan dasar dan hubungan antara parti dan tempoh kuasanya adalah lima tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.