nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sabotaj Belanjawan Bukti Pembangkang Tidak Peduli Rakyat

15 DIS: Sikap pembangkang yang gemar bersandiwara menolak Belanjawan 2021 membuktikan Pakatan Harapan (PH) lebih mementingkan kuasa politik berbanding kebajikan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat sendiri boleh melihat pelbagai rencana dilakukan mereka sehingga mahu mengagalkan Belanjawan 2021 untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat, hari ini.

“Rakyat benar-benar dapat menyaksikan sandiwara pembangkang,sengaja mencari- cari alasan untuk tolak bajet. Bukan kerana bajet tak baik tetapi mencari alasan untuk jatuhkan kerajaan.

“Dah lebih 20 kali mengundi, mereka gagal. Sekarang mereka nak sabotaj Bajet Rakyat dibacaan ketiga, hari ini,” katanya menerusi ciapannya di Twitter rasminya hari ini.

Annuar turut mempersoalkan sikap pembangkang yang sepatutnya berjuang mewakili rakyat di kawasan masing-masing dengan menyokong Belanjawan 2021, namun perkara sebaliknya berlaku di Dewan Rakyat.

“Semua Ahli-Ahli Parlimen berhari-hari dan berpuluh kali mengundi di Dewan Rakyat. Tidak pernah Belanjawan dibahas dan di undi sebegini. Masih lagi pembangkang nak gagalkan Bajet. Mereka berjuang untuk rakyat atau siapa sebenarnya,” soalnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Facebook rasminya secara peribadi turut menyatakan pendirian sama menyokong Belanjawan 2021 agar ia dapat diluluskan di Dewan Rakyat.

Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian turut menyifatkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berjaya melaksanakan tugas beliau dengan baik.

“Adakah saya akan undi di #DewanRakyat untuk #Bajet2021? Jawapannya YA, saya sokong #Belanjawan2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

“Tentang #KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan #moratorium masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar,” ujarnya.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi tumpuan apabila undian bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 akan berlangsung.

RUU itu sudah diluluskan di peringkat dasar pada 26 November lalu menerusi undian suara majoriti, namun melalui laluan sukar apabila di peringkat jawatankuasa walaupun semua diluluskan dengan 26 daripada 27 kementerian sudah selesai sehingga hari ini.

Daripada 25 kementerian itu, 17 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara majoriti manakala sembilan kementerian melalui undian belah bahagian.

Setakat hari ini, Kementerian Pendidikan telah diluluskan selepas mendapat suara majoriti menerusi perbahasan di peringkat jawatankuasa dan Kementerian Pengajian Tinggi masih lagi berlangsung perbahasannya.

Semalam, undian belah bahagian dilakukan bagi meluluskan RUU Belanjawan untuk Kementerian Wilayah Persekutuan manakala kelulusan suara majoriti untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Sembilan kementerian diluluskan menerusi undian belah bahagian adalah Kementerian Kewangan; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Turut tersenarai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan. – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.