nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin individu pertama disuntik vaksin COVID-19

22 DIS: Bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin COVID-19 yang bakal diterima adalah selamat dan berkesan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri sebagai antara individu pertama yang akan disuntik dengan vaksin tersebut.

Menurut beliau, suntikan seterusnya diberikan kepada petugas barisan hadapan dan diikuti kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Muhyiddin memberitahu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021,” katanya dalam video perkembangan terkini berhubung pemberian vaksin COVID-19 untuk rakyat yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia.

Beliau menambah, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.

“Sekali lagi saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghayati dan membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian walaupun setelah kita menerima bekalan dan suntikan vaksin.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telahpun berada dalam komuniti,” jelasnya.

Muhyiddin menambah, kerajaan baru sahaja memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, Astra Zeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19 atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan sudah menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti COVAX dan Pfizer bagi perolehan vaksin dan jaminan bekalan sebanyak 30 peratus liputan populasi.

“Ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus telah diperoleh menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan AstraZeneca.

“Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan syarikat pengeluar vaksin iaitu Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan tambahan bekalan vaksin melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” jelasnya.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan membelanjakan AS$504.4 juta (RM2.05 bilion), melalui semua rundingan dan perjanjian yang sudah dan akan dimeterai buat masa ini.

“Jumlah 80 peratus ini adalah melebihi sasaran awal kita iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, perjanjian dengan Sinovac, CanSino serta Gamaleya juga akan memberi nilai tambah kepada sektor sains dan teknologi tempatan yang bakal memberi pulangan kepada rakyat dan pembangunan negara.

“Ini termasuk melakukan proses pembotolan vaksin di dalam negara, penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi.

“Kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan syarikat farmaseutikal lain bagi memastikan negara mempunyai jaminan akses bekalan vaksin percuma yang mencukupi. Vaksin diperoleh ini akan dipastikan selamat dan berkesan,” katanya.

Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin sudah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.

“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar, seawal Februari 2021.

“NPRA akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin setelah diperoleh dan digunakan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.