nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Operasi feri P. Pinang diteruskan, tambah baik kualiti

22 DIS: Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata kementerian telah melaksanakan beberapa tindakan termasuk mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang dalam merangka pelan jangka pendek dan panjang bertujuan untuk menambah baik mutu perkhidmatan feri sedia ada.

Menurut beliau, satu perbincangan khas turut diadakan di antara Menteri Pengangkutan dan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Ogos lalu yang memutuskan pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) harus memulakan proses pengambilalihan semula operasi feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021 dan mengemukakan model perniagaan perkhidmatan feri yang baharu dan mampan.

HASBI HABIBOLLAH
HASBI HABIBOLLAH

“Kerajaan Persekutuan bersama pihak PPSB juga akan membelanjakan RM 36.5 juta secara keseluruhan untuk membeli tiga buah bas air baharu dan dua buah feri roll-on/roll-off (Ro-Ro) untuk kenderaan beroda dua yang lebih selamat, selesa dan pantas, sepertimana yang telah diluluskan oleh kerajaan PH sebelum ini.

“Tentunya ini dapat memudahkan orang awam yang berulang alik setiap hari dan meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan. Sementara menunggu pengoperasian perkhidmatan feri yang baharu oleh PPSB, pihak Prasarana Malaysia Berhad akan meneruskan operasi perkhidmatan feri seperti modus operandi sedia ada sehingga 31 Disember 2020.

“Perkhidmatan feri yang bersejarah ini tidak akan ditamatkan semata-mata. Malahan, perkhidmatannya akan dikekalkan melalui pengubahsuaian feri-feri sedia ada, sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator,” katanya ketika mengulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Lim Hui Ying dalam perbahasannya membangkitkan isu mengenai keputusan kerajaan Persekutuan mengenai perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, berkaitan dengan projek LRT Pulau Pinang yang turut dibangkitkan Hui Ying, Hasbi memberitahu, perkara berkenaan jaminan pinjaman pembiayaan projek LRT Bayan Lepas (BLLRT) adalah di bawah pertimbangan Kementerian Kewangan.

“Kementerian Pengangkutan telah memberikan kelulusan bersyarat terhadap permohonan Skim Kereta Api BLLRT pada 16 Julai 2019. Lanjutan daripada itu, Kerajaan Pulau Pinang perlu mematuhi syarat-syarat yang diberikan sebelum memohon Kelulusan Muktamad Skim Kereta Api tersebut,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.