nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inisiatif NEM 3.0 jimat bil elektrik, tawar kuota 500MW

29 DIS: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSa) akan memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 yang menawarkan kuota sebanyak 500MW bagi tempoh 2021 hingga 2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementerian akan memperkenalkan tiga inisiatif yang membuka peluang kepada semua pengguna elektrik untuk memasang solar PV di bumbung bangunan masing-masing bagi menjimatkan bil elektrik mereka menerusi program NEM 3.0 berkenaan.

Shamsul Anuar berkata, program NEM 3.0 juga memperkenalkan inovasi baharu menggunakan konsep NEM maya dengan membenarkan pemilik bangunan komersial dan industri untuk berkongsi lebihan tenaga dengan bangunan-bangunan mereka di lokasi berlainan.

Shamsul Anuar Nasarah
SHAMSUL ANUAR NASARAH

“Memandangkan hanya lima peratus permohonan di bawah Program NEM 2.0 adalah pengguna elektrik kategori domestik, kementerian akan memperkenalkan Program NEM Rakyat bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna domestik menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemasangan solar PV.

“Program NEM Rakyat mengekalkan konsep 1 to 1 offset dengan kuota sebanyak 100MW atau sehingga kesemua kuota tersebut habis,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, program ini memberikan manfaat pengurangan bil elektrik kepada 10,000 hingga 25,000 pemilik akaun domestik TNB atau kira-kira 40,000 – 100,000 isi rumah di Semenanjung Malaysia.

“Pengguna akan menikmati kadar ‘offset 1 to 1’ selama 10 tahun dan seterusnya mendapat penjimatan bil elektrik melalui konsep penggunaan kendiri selepas tamat tempoh tersebut.

“Permohonan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mulai 1 Februari 2021 hingga 31 Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata bagi mengurangkan bil elektrik di bangunan-bangunan kerajaan, Program NEM GoMEn (Government Ministries and Entities) akan diperkenalkan dengan kuota sebanyak 100MW.

“Program NEM GoMEn akan mengekalkan konsep ‘1 to 1 offset’ selama 10 tahun dan menggunakan konsep self-consumption selepas tempoh tersebut.

“Kira-kira 100 agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia dijangka menikmati penjimatan bil elektrik yang dianggarkan berjumlah RM6 juta sebulan. Permohonan kuota program ini boleh dikemukakan kepada SEDA mulai 1 Februari 2021 hingga 31 Disember 2023 atau sehingga kesemua kuota tersebut habis,” katanya.

Beliau berkata untuk membantu pengguna bukan domestik daripada kategori komersial dan industri yang terkesan akibat pandemik Covid-19, satu inisiatif baharu iaitu Program NOVA (NetOffset Virtual Aggregation) akan diperkenalkan.

“Program ini membolehkan usahawan, syarikat tempatan dan rumah-rumah ibadat menjimatkan bil elektrik dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan berdasarkan elemen-elemen seperti mendapatkan bekalan elektrik secara langsung daripada sistem solar PV yang dipasang di bumbung premis bangunan dan mengurangkan pembelian elektrik daripada syarikat utiliti.

“Kedua menjual lebihan tenaga elektrik daripada sistem solar PV kepada sistem grid pada harga pasaran atau System Marginal Price (SMP) sebagai kredit tenaga dalam bil elektrik bulan berikutnya.

“Ketiga dengan melakukan offset lebihan tenaga elektrik melalui pengagihan secara maya (virtual aggregation) bagi 1 hingga 3 akaun bil elektrik di bawah pemilik yang sama,” katanya.

Permohonan bagi Program NOVA akan dibuka mulai 1 April 2021 sehingga 31 Disember 2023 atau sehingga kesemua kuota habis diagihkan. Perincian pelaksanaan program ini akan diumumkan sebelum permohonan dibuka.

Beliau berkata kementerian turut mengambil perhatian terhadap maklum balas semua pihak mengenai model perniagaan dan tempoh pulangan pelaburan di bawah Program NEM 2.0 yang menetapkan kadar offset 1 to 1 untuk tempoh 10 tahun sahaja.

Sehubungan itu, kementerian menetapkan supaya kadar offset selepas tempoh 10 tahun pertama adalah pada kadar SMP untuk tempoh 10 tahun berikutnya, pengguna NEM 2.0 boleh terus menikmati penjimatan bil elektrik dengan menyertai Skim SelCo selepas tempoh kadar offset SMP tamat.

Tambahnya, pelaksanaan NEM 3.0 ini akan membolehkan lebih ramai rakyat, agensi kerajaan, rumah ibadat serta syarikat dan usahawan tempatan untuk terlibat dalam agenda pembangunan tenaga boleh baharu negara di samping membantu menjimatkan bil elektrik bagi meringankan impak penularan pandemik COVID-19. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.