nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Apartment Amber Court sambung hingga 20 Jan

5 JAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, Jalan Genting, Bentong yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 20 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 1,180 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 454 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan turut mengesahkan ujian saringan kedua masih perlu dijalankan kepada sebahagian kontak rapat dan terdapat risiko yang tinggi jangkitan COVID-19 di lokaliti ini,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau turut mengumumkan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Muar dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 20 Januari.

Ismail Sabri menambah, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 827 ujian saringan dan sebanyak 40 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan masih terdapat pertambahan kes positif harian yang direkodkan dan sebanyak 38 baki sampel saringan yang masih menunggu keputusan.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 152 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya telah dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka (70), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (64), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (5) dan lain-lain (13),” jelasnya.

Beliau menambah, pada 1 Januari lalu, jumlah tangkapan melibatkan premis pub dan kelab malam mencecah 623 kes.

“Saya telah dimaklumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa mereka telah menulis surat kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik-pemilik premis pub dan kelab malam termasuk menarik lesen operasi serta menyenarai hitam premis terlibat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa juga telah menahan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas empat kenderaan darat dan tiga bot dalam Op Benteng semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.