nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Annuar reda digugur, istiqamah pertahan keputusan parti

6 JAN: Tan Sri Annuar Musa, reda dan menerima penggugurannya selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta mulai semalam kerana ketegasannya mempertahankan gabungan Muafakat Nasional dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau akan terus istiqamah berpegang kuat kepada segala keputusan parti serta prinsip asas penubuhan parti iaitu menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam.

Beliau menambah, penggugurannya juga mempunyai kaitan dengan kewujudan perbezaan pandangannya antara beliau dengan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pelbagai perkara sejak kebelakangan ini.

Annuar Musa
Annuar Musa dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

“Tugas sebagai SU Agung BN hanya boleh dilaksanakan dengan baik jika adanya perasaan saling meyakini dan mempercayai di antara Pengerusi dan SU Agung.

“Walaupun sememangnya wujud suasana sedemikian sebelum ini. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, suasana berkenaan telah berubah berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntut saya mempertahankan prinsip dan pendirian politik saya secara tegas dan berterus-terang,” katanya dalam sidang media khasnya di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar mendakwa, antara perkara menimbulkan ketegangan hubungan dengan Ahmad Zahid adalah apabila Presiden UMNO berkenaan menjadi antara individu dan Ahli Parlimen BN yang menandatangani akuan bersumpah (SD) atau perjanjian hitam putih bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan PN.

Beliau berkata terdapat juga beberapa percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baharu politik.

“Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini.

“Situasi ‘flip-flop’ pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara-perkara dasar berhubung MN sehingga berlaku kesamaran dan kekaburan dalam hala tuju dan pendaftaran MN,” katanya.

Annuar berkata, isu seruan demi seruan untuk dibubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam situasi rakyat menderita akibat penularan pandemik COVID-19 dan tekanan ekonomi yang sangat berat.

“Kegagalan pimpinan mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti, dimana berterusan bertelagah secara terbuka telah menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap visi yang dibawa oleh parti.

“Selain itu, keputusan-keputusan parti seperti ‘NO DAP’, ‘NO ANWAR’, sokongan ‘en-bloc’ kepada kerajaan PN dan lain-lain tidak dihormati,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu, perbezaan pendirian itu menuntutnya mengambil ketetapan untuk tidak bersekongkol dengan gerakan-gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan hala tuju Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Annuar menjelaskan, dengan tidak lagi menjadi SU Agung BN beliau akan lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani dan ‘conscience’ bersama rakan-rakan yang sealiran.

“Justeru, saya dengan penuh reda menerima pengguguran ini dan berserah kepada Allah SWT. Saya akan terus berjuang atas wadah perjuangan UMNO dan akan terus menyumbang ke arah UMNO yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin penyatuan ummah dan menunjangi permuafakatan nasional,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar menyeru semua ahli UMNO merapatkan saf dan menjunjung tinggi dasar dan faslafah perjuangan parti.

“Kepada parti sahabat BN, PN, MN, GPS, GRS, berusahalah agar tiada perpecahan antara kita. Kepada kepimpinan PAS, saya harap kekal berjiwa besar dan tidak berputus asa berikhtiar untuk memperkukuhkan MN.

“Kepada kepimpinan BERSATU, fahamilah sensitiviti akar umbi UMNO dan mengambil langkah ke arah memperbaiki perpaduan Melayu. Kepada rakan-rakan 12 parti dalam PN, berusahalah agar tidak berpecah belah agar kerajaan ini stabil dan dapat menumpukan agenda keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Terdahulu, Annuar menjelaskan beliau mendapat tahu berita mengenai pemecatannya selepas dihubungi media pada jam 12.36 tengah hari semalam dan tempatnya diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan iaitu Setiausaha Agung UMNO.

Beliau kemudian dimaklumkan mengenai pemecatannya menerusi mesej WhatsApp dari Ahmad Zahid, pada jam 1.51 tengah hari, semalam. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.