nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes COVID-19 melonjak, ekonomi negara boleh terjejas

8 JAN: Peningkatan kadar jangkitan harian COVID-19 di negara ini boleh menjejaskan usaha kerajaan untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi yang disasarkan tahun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua pihak perlu terus berwaspada dan perkara itu merupakan syarat utama bagi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita telah memenangi pelbagai pertempuran, namun, kita perlu memenangi peperangan melawan COVID-19.

“Rakyat Malaysia dan sektor perniagaan tidak boleh leka. Marilah kita berdiri teguh menentang COVID-19, demi untuk kemenangan bersama,” katanya ketika berucap pada Hari Korporat Tahunan Maya CGS-CIMB 2021 Ke-13.

tengku zafrul
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 3,027 kes baharu COVID-19 iaitu yang tertinggi sejak pandemik itu melanda negara awal tahun lalu.

Kadar jangkitan harian COVID-19 mula melepasi 2,000 kes sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Tengku Zafrul memberitahu, walaupun menghadapi kesukaran pada 2020, Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

Menurut beliau, Malaysia mencatatkan RM109.8 bilion dari segi pelaburan yang diluluskan melibatkan hampir 3,000 projek dalam sektor utama, pembuatan dan perkhidmatan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020.

Dalam aspek ini, Tengku Zafrul menambah, 59.5 peratus (RM65.3 bilion) daripada sektor pembuatan, 39 peratus (RM42.8 bilion) daripada sektor perkhidmatan dan 1.5 peratus (RM1.7 bilion) daripada sektor utama.

“Melalui Penjana Kapital, baru-baru ini kami memudahcara komitmen lapan pengurus modal teroka antarabangsa bersama-sama kerajaan untuk melabur sehingga RM1.57 bilion dalam syarikat pemula Malaysia dalam bidang fintech, edutech, agritech, mobiliti dan AI, yang dijangka menjana 1,800 pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya

Tengku Zafrul merujuk kepada laporan oleh EY baru-baru ini yang memerihalkan Kuala Lumpur sebagai destinasi penting untuk komuniti perniagaan antarabangsa, mengambil kira faktor seperti kemudahan infrastruktur yang bersepadu, tenaga kerja yang pelbagai dan berkualiti, serta kesediaan negara untuk mengadaptasi teknologi digital.

Beliau turut merujuk kepada laporan Bloomberg yang meletakkan Malaysia di kedudukan kelima antara ekonomi membangun sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan, melihat kepada potensi pemulihan ekonomi yang pesat, kedudukan fiskal dan kewangan yang stabil serta kemampuan untuk membendung dan mengatasi pandemik COVID-19.

Katanya kerajaan turut menyasarkan untuk menjana 500,000 pekerjaan pada tahun ini, yang juga merupakan antara agenda utama Belanjawan 2021.

“Bagi tujuan ini, selain daripada peruntukan RM3.7 bilion di bawah inisiatif JanaKerja, yang termasuk insentif pengambilan pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan semula serta peluang pekerjaan dalam sektor awam dan antara GLC; penting untuk dinyatakan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dengan penyertaan kementerian berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia.

“Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan,” jelasnya.

Tengku Zafrul berkata walaupun Malaysia mengalami semakan semula penarafan kredit negara oleh Fitch, permintaan untuk bon kerajaan tetap tinggi dengan purata nisbah bidaan kepada terbitan dicatatkan pada kadar 2.6 kali ganda untuk sukuk 10-tahun kerajaan yang diterbitkan pada awal Disember lepas.

“Ini adalah pengiktirafan kukuh terhadap usaha tindak balas krisis oleh kerajaan dan asas ekonomi negara yang masih kukuh,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.